KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mematuhi dengan rapi segala keputusan kerajaan berhubung isu pegawai kesihatan kontrak, yang dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.
Pengerusi bahagian pelatih, pegawai perubatan dan pakar perubatan (SCHOMOS) Dr Vijay Ganasan berkata persatuan itu telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan minggu lepas dan dimaklumkan bahawa isu itu akan dibincangkan semasa mesyuarat kabinet nanti.
Beliau berkata pihaknya juga menggesa kerajaan menampilkan satu penyelesaian jangka panjang semasa di persidangan parlimen nanti.
"Saya rasa mesyuarat dengan Menteri Kesihatan baru-baru ini memberikan hasil yang positif berbanding mesyuarat sebelumnya, kita telah dimaklumkan bahawa isu berhubung sistem kontrak itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet Rabu ini.
"Kita akan menunggu pengumumannya, diharapkan ada resolusi berhubung perkara ini dan sebarang tindakan berikutnya akan diambil berdasarkan kepada keputusan kerajaan," katanya dalam persidangan media secara maya pada Isnin.
"Saya rasa kita tidak mahu lanjutan setahun sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Ia sama seperti merawat penyakit, kita bukan hanya terima begitu sahaja, sebaliknya kita perlu lihat ia dengan rapi, dan merawat ia dengan baik.
"Begitu juga dengan sistem kesihatan negara, bagi merawatnya kita perlukan penyelesaian jangka panjang dan dengan memberikan jawatan tetap kepada pegawai kesihatan kontrak, ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada individu tapi juga kepada keseluruhan sistem kesihatan negara," katanya.
Awal bulan ini sekumpulan doktor kontrak di Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan pergerakan #HartalDoktorKontrak, sebagai rancangan untuk mogok sekurang-kurangnya sehari pada 26 Julai bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung jawatan tetap dalam sektor kerajaan bagi kira-kira 23,000 pegawai kesihatan kontrak di seluruh negara.
Bagaimanapun MMA berkata kumpulan itu tidak bersekutu dengannya, tidak bersetuju dengan rancangan mogok berkenaan, namun menggerakkan protes "Code Black" secara dalam talian dari 1 hingga 12 Julai sebagai tanda sokongan pegawai kesihatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
MMA mematuhi dengan rapi segala keputusan kerajaan berhubung isu pegawai kesihatan kontrak, yang dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini. - Gambar hiasan
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Lebih 30 peratus doktor dibuli - MMA
Sebanyak 30 hingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli.
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.
Khabib enggan latih Elon Musk
Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.
Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
MMA tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.
MMA persoal kerajaan henti pinjaman pelajar perubatan
Meskipun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan dalam bidang itu, namun bukan dengan cara menghentikan pinjaman pengajian.
UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.
UFC 285: Jon Jones kembali lebih garang, raih kejuaraan heavyweight
Jon Jones kembali ke gelanggang Octagon, sekali gus meraih kejuaraan heavyweight selepas menumpaskan Ciryl Gane dari Perancis.
Atlet MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.
Presiden UFC sifatkan bola sepak tidak perlukan bakat, sekadar 'sukan untuk kanak-kanak'
Di sebalik dakwaan White, angka tontonan di Piala Dunia tahun ini mencapai angka luar biasa.