BERITA baik buat semua peminat gajet kerana telefon lipat akan kembali menemui anda.

Pengeluar telefon bimbit popular, Samsung bakal melancarkan gajet terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Fold.

Apa yang menariknya, telefon yang diperkenalkan oleh Samsung kali ini boleh dilipat.

Perincian bagi Samsung Galaxy Fold berukuran 7.3 inci infinity flex display membolehkan telefon itu dilipat mengikut saiz poket anda pada ukuran 4.6 inci.

Di samping itu, peranti ini juga dilengkapi ruang simpanan 512 Gigabite, 12 Giigabite Ram dan Processor Qualcomm 7nm octa core serta kelajuan internet LTE dan 5G.



Bagi anda yang suka melakukan pelbagai kerja pada satu masa yang sama, Galaxy Fold boleh membantu anda.

Paparan skrin yang besar membuatkan anda boleh menonton Youtube sambil membalas Whatsapp dan juga mencari maklumat di Google.

Galaxy Fold juga dilengkapi bateri kekuatan 4,380 M-A-H dan akan mula dijual bermula 26 April depan dengan harga AS$1,980 (RM8,000).