DREBAR
Model NSX bakal keluar Januari 2015


Gambar-gambar awal seperti yang disertakan di sini sekadar membantu untuk menambahkan debaran penantian. Nama NSX adalah sesuatu yang cukup ikonik; malah ia menjadi satu tanda aras tentang bagaimana sebuah ’supercar‘ wajar dibuat.
Honda/Acura juga ada mengeluarkan klip YouTube seperti di bawah. Tetapi, tidak banyak yang boleh dipelajari daripadanya selain daripada bunyi enjin dwi-turbo hibrid tiga-motornya.

Proses pembangunan Acura NSX ini telah mengambil masa 3 tahun, dan hanya mula diketahui apabila presiden dan ketua pegawai eksekutif Honda Motor Co. Ltd., Takanobu Ito mempertontonkan model konsep NSX di pameran kereta Amerika Utara 2012.
Di sini juga Ito-san menerangkan bahawa proses pembangunan dan penyelidikan model supercar ini akan dilakukan oleh pasukan R&D dari Amerika Syarikat dan seterusnya akan dipasang di kilang moden mereka di Ohio.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami