REMBAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang menyebarluaskan pendidikan antirasuah menerusi Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) dalam kalangan pelajar bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor berkata rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini setelah mendapat persetujuan daripada pihak terlibat.
Katanya Modul KIAR yang didedahkan kepada pelajar TVET ini menggunakan silibus yang sama dengan modul yang diajar kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sejak 2017 namun akan diolah mengikut kesesuaian sistem pendidikan TVET.
"Setelah mereka tamat pengajian, golongan belia TVET ini berpotensi menjadi usahawan kecil dan sederhana (PKS) atau pekerja berkemahiran tinggi. Jadi, modul KIAR ini sebagai persediaan mereka sebelum memasuki industri sebenar.
"Subjek ini akan membekalkan pelajar dengan pengetahuan berkaitan kesalahan rasuah agar mereka jelas dengan akibat yang bakal dihadapi jika terlibat dengan jenayah ini," katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Ke Arah Memperkasa Pemikiran Antirasuah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN), Rembau di sini semalam.
Razim berkata modul KIAR dapat melengkapkan pelajar TVET menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pengetahuan antirasuah.
"Cabaran rasuah melibatkan belia sangat tinggi dan ia dibuktikan dengan statistik SPRM iaitu tangkapan yang dibuat dalam tempoh 2020 sehingga 3 Jun 2022 bagi golongan belia berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun di negara ini melibatkan 275 orang (231 lelaki dan 44 wanita) dengan pelbagai kesalahan rasuah terutamanya menerima dan memberi rasuah," katanya.
Beliau berkata dalam modul tersebut pihak SPRM akan membawa bekas pesalah rasuah untuk berkongsi pengalaman dan hukuman yang diterima akibat terlibat dengan jenayah tersebut.
Katanya usaha melaksanakan modul KIAR menyasarkan seluruh golongan belia di institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
"Usaha ini juga akan turut melibatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti Institusi Kemahiran MARA (IKM) dan GiatMara," katanya.
Razim turut menasihati orang awam agar berani tampil membuat aduan atau memberi maklumat kepada pihak SPRM jika mengetahui wujud kegiatan rasuah yang dilakukan mana-mana pihak dengan mengunjungi pejabat SPRM yang berdekatan atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-6000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor. - Foto BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.