Satu modul baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenal bagi mendidik pelatih berhubung isu pengurusan kewangan.
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid memaklumkan modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
Jelas Ehsannuddin, pihaknya mengambil inisiatif memperkenalkan modul berkenaan setelah melihat senario semasa di mana belia sering dibelenggu masalah kewangan akibat kurang pengetahuan berhubung aspek pengurusannya.
Ini termasuk penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, pinjaman peribadi, sehingga mendorong kepada kes muflis dalam kalangan belia.
"Modul pengurusan kewangan baik ini akan dilaksanakan seiring dengan modul-modul lain di dalam PLKN seperti disiplin, jati diri dan hormat menghormati.
"Melalui pengurusan kewangan yang kita bagi ini saya yakin ia akan memberi satu impak besar dalam tempoh dua atau tiga tahun ini," ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Tambahnya, modul itu akan diteruskan dan kekal menjadi modul penting program berkenaan.
Ehsannuddin menjelaskan, selain usaha di pihak PLKN, usaha meningkatkan kesedaran berkenaan pengurusan kewangan juga perlu dicontohi pihak berkepentingan lain.
Ini termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan, NGO.
"Pengurusan kewangan yang baik yang kita mulakan di PLKN perlu ada kesinambungan supaya budaya ini boleh dibina dalam tempoh waktu yang panjang,
"Oleh itu peranan perlu dimainkan oleh Badan Bukan Kerajaan NGO, Pergerakan Pemuda UMNO dan ahli politik agar berjaya menarik golongan muda untuk melihat perkara ini sebagai penting dan utama.
"Mereka (golongan belia) perlu melihat perkara ini sebagai penting kerana ini adalah masa depan depan mereka dan untuk berjaya di masa depan perlu ada pengurusan kewangan yang baik," ujarnya.
Statistik 2014 menunjukkan golongan belia menyumbang kepada 34 peratus kadar muflis berpunca daripada pembelian kenderaan, pinjaman peribadi dan pemilikan kad kredit.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Apr 18 2016

Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
Video promosi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sudah siap
Video baharu promosi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sudah siap dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Syabu, pil MDMA bernilai lebih RM4 juta dirampas di Sg Petani
Polis merampas syabu serta pil MDMA bernilai lebih RM4 juta selepas menahan seorang lelaki di tepi jalan di Pusat Perniagaan Zamrud, dekat Sungai Petani, dua hari lepas.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

'Satu Arah' buah tangan terbaharu XPDC Kita PengYu
Single bertajuk 'Satu Arah' itu bakal dikeluarkan pada 21 Februari dan diterbitkan oleh Music Valley Malaysia serta Life Record.

Tiada arahan penamatan kontrak secara besar-besaran pegawai tidak miliki SPM - JPA
JPA menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan arahan bagi menamatkan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki SPM.
AWANI Ringkas: Tarikh nyah senarai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pemilik gerai jual jagung bakar kontroversi
Polis menahan pasangan suami isteri merupakan pemilik gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang pada Isnin.

Polis Australia pulangkan syiling Holey Dollar keluaran 1813 yang dicuri kepada Poland
Sekeping syiling yang dicuri dari muzium Poland telah dipulangkan oleh polis Australia selepas ia berakhir di tangan seorang pengumpul di Perth.

Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.

PLKN perketat saringan kesihatan untuk pengambilan pelatih - MLKN
Pengerusi MLKN Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata inisiatif berkenaan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan.