awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
30/06/2019
10:33 MYT
Mohamad Sabu setuju gaji anggota tentera pangkat rendah dikaji
Mohamad Sabu menjelaskan Kementerian Pertahanan akan bersama dengan KDN dalam isu kenaikan gaji anggota berpangkat rendah. - BERNAMA/Fail
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji pegawai dan anggota tentera seperti mana yang dicadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, Kementerian Pertahanan berpendapat isu kenaikan gaji anggota tentera dan polis yang berjawatan rendah perlu dikaji dari semasa ke semasa.
"Kita juga akan bersama tentera dan pihak (cadangan Polis) itu. Kita bersetuju mengkaji (gaji tentera) dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad di Dewan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju cadangan kenaikan gaji untuk polis namun menjelaskan pihaknya perlu mengkaji secara menyeluruh cadangan itu yang mahu kerajaan menaikkan gaji anggota polis berpangkat rendah.
Sementara itu, mengulas kenyataan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berhubung kem yang menempatkan etnik Islam Uighur, Mohamad berkata beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut dari Naib Presiden Amanah itu.
"Saya setakat ini belum dapat kenyatan yang sebenar dari Mujahid.
"Jadi saya nak bincang dulu dengan Mujahid mendapatkan penjelasan tentang kenyataannya sama ada ia benar atau ada ditambah sana sini," katanya.
Mujahid sebelum ini berkongsi dalam Facebook tentang lawatannya ke Pusat Latihan dan Vokasional bagi masyarakat Uighur istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang.
Mengulas mengenainya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan Mujahid sebagai memalukan umat Islam dan negara dan menunjukkan betapa terbelakangnya kerajaan Pakatan Harapan berkaitan isu hak asasi minoriti Islam di Xinjiang.
Katanya, tidak ada istilah Pusat Latihan di Xinjiang sebaliknya "concentration camp" yang mempunyai satu tujuan iaitu menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan Uighur, Kazakh, Tajik dan lain lain.
Topic Berkaitan
#gaji polis
#gaji tentera
#Islam
#Menteri Dalam Negeri
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#Muhyiddin Yassin
#Mujahid Yusof Rawa
#Uighur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan