awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Apandi pilihan tepat sebagai peguam negara, kata peguam Shafee Abdullah

Bernama
Bernama
28/07/2015
14:41 MYT
Mohamed Apandi pilihan tepat sebagai peguam negara, kata peguam Shafee Abdullah
Mohamed Apandi, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Gani Patail, adalah peguam negara kesembilan Malaysia. - Gambar Fail
Peguam kanan Malaysia Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalu-alukan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang baharu dengan berkata beliau adalah orang yang tepat untuk menyandang jawatan itu kerana "beliau memiliki minda yang amat merdeka".
Katanya Mohamed Apandi mempamerkan dirinya sebagai manusia yang memiliki minda yang sangat merdeka ketika berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.
Muhammad Shafee berkata Mohamed Apandi mampu membawa budaya baharu dan memperkenalkan budaya sektor swasta ke dalam Jabatan Peguam Negara (AG) dan ini sesuatu "yang amat diperlukan di pejabat AG".
"Beliau pernah berkhidmat di pejabat Peguam Negara dan menjadi pengamal undang-undang untuk tempoh yang lama. Selepas itu, beliau menjadi hakim.
"Oleh itu, beliau akan mampu menerapkan kecekapan dan kepantasan bekerja sektor swasta di pejabat Peguam Negara serta memperkenalkan budaya sektor swasta seperti yang dilaksanakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dalam badan kehakiman," kata Muhammad Shafee apabila diminta mengulas pelantikan Mohamed Apandi ketika ditemui pada kursus mengenai hak asasi manusia untuk wartawan dari negara anggota ASEAN di sini.
Muhammad Shafee adalah pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan Mengenai Hak Asasi Manusia ASEAN (AICHR).
Mohamed Apandi, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Gani Patail, adalah peguam negara kesembilan Malaysia.
Dalam pengumuman di Kuala Lumpur hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan berkuat kuasa 27 Julai atas sebab kesihatan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#Mohamed Apandi Ali
#Muhammad Shafee Abdullah
#Suruhanjaya Antara Kerajaan Mengenai Hak Asasi Manusia ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan