BANGKOK: Selepas penampilan menakjubkan di ONE Championship pada Jumaat lepas, jaguh Muay Thai negara Mohammad Rifdean Masdor menyasarkan untuk mendapatkan kontrak berprestij kejohanan itu bernilai AS$100,000 dan tali pinggang kejuaraan.
Atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.
Atlet Malaysia yang mewakili Sor Sommai berpangkalan di Bangkok itu turut membawa pulang bonus 350,000 (RM45,600).
"Saya sangat gembira dengan penampilan sulung di ONE Championship. Saya berasa lega. Kemenangan ini pasti akan meningkatkan keyakinan saya dalam pertarungan akan datang," katanya kepada Bernama.
Mohammad Rifdean yang dinobatkan juara dunia dalam kategori bawah 23 tahun sebanyak tiga kali itu menetapkan matlamat untuk mendapatkan kontrak ONE Championsip bernilai AS$100,000 pada tahun ini.
Sementara itu, Mohammad Rifdean berkata beliau menggandakan latihan selama dua bulan di Sor Sommai sebelum penampilan sulungnya itu.
"Saya telah lakukan yang terbaik dan mengikuti rancangan permainan oleh jurulatih Bernard Radin dan menang," katanya.
Sementara itu jurulatihnya Bernard Radin berkata Mohammad Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dengan memenuhi pelan permainan mereka untuk kemenangan TKO pada pusingan pertama.
"Saya yakin Rifdean boleh dapat bukan sahaja kontrak ONE Championship tapi juga tali pinggang ONE Championship...saya yakin tidak lama lagi," katanya.
Bernard berkata anak didiknya itu perlu memperoleh tiga kemenangan berturut-turut dalam ONE Championship bagi membolehkannya mendapatkan kontrak itu.
Ditanya mengenai kelewatan penyertaan Mohamad Rifdean dalam ONE Championship, Bernard berkata "Kami telah melakukan yang terbaik, bagaimanapun tiada rezeki."
"Tapi kini, kami di sini untuk berjuang. Adalah impian Rifdean untuk memulakan ini. Saya beritahu Rifdean inilah saatnya yang kita tunggu. Tunjukkan kepada dunia siapa kamu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Mohammad Rifdean menetapkan matlamat untuk mendapatkan kontrak ONE Championsip bernilai AS$100,000 pada tahun ini. - Gambar fail/Sinar Harian
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Dua juara dunia bantu Ipoh juarai Kejohanan Muay Thai antara bandaraya
Rifdean yang baru dinobatkan sebagai Olahragawan Perak 2021-2022 turut dinobatkan sebagai petinju terbaik kejohanan.
Juara dunia Muay Thai: Perak iktiraf kejayaan Rifdean
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, kerajaan negeri mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.
Mohammad Rifdean mara ke final Kejohanan Muay Thai Dunia 2021
Atlet Muay Thai Malaysia, Mohammad Rifdean Masdor menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di sini pada Jumaat.
Malaysia raih 3 emas, 2 gangsa di Kejohanan Muay Thai Asia Timur
Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan dua gangsa dalam Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 di Hong Kong.
Mohammad Rifdean ke final Muay Thai Asia Timur 2019
Mohammad Rifdean, 17, menewaskan lawannya dari Mongolia, Gantushig Tenuun menerusi knockout (KO) pada pusingan kedua dalam kategori 48 kilogram (kg) pada saingan separuh akhir.