awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juara dunia bantu Ipoh juarai Kejohanan Muay Thai antara bandaraya

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/08/2023
00:15 MYT
Dua juara dunia bantu Ipoh juarai Kejohanan Muay Thai antara bandaraya
Juara dunia tiga tahun berturut-turut, Mohammad Rifdean Masdor dan juara dunia tahun ini, Nur Amisha Azrilrizal membantu Ipoh menjuarai Kejohanan Muay Thai Antara Bandaraya Ipoh - Betong, Ipoh, malam tadi.
IPOH: Juara dunia tiga tahun berturut-turut, Mohammad Rifdean Masdor dan juara dunia tahun ini, Nur Amisha Azrilrizal membantu Ipoh menjuarai Kejohanan Muay Thai Antara Bandaraya Ipoh - Betong, di sini, malam tadi.
Dua lagi atlet negara Muhammad Fadzmi Aiman Mohd Fadzli dan Muhammad Amirul Adli Sali Meha turut membantu pasukan Ipoh menewaskan Betong 4 - 1.
Bagaimanapun, seorang lagi petinju negara, Raja Izzati Raja Annuar tewas kepada petinju dari Betong, Nong Neng.
Muhammad Fadzmi Aiman yang mendapat jolokan Jebat menunjukkan kehebatannya apabila menumbangkan petinju Betong, Pitong, pada pusingan pertama.
Lain-lain keputusan, Rifdean menewaskan Nikcha Jitmuenon, Nur Amisha tewaskan Seng Chan dan Muhammad Amirul tewaskan Santichai.
Rifdean yang baru dinobatkan sebagai Olahragawan Perak 2021-2022 awal bulan ini turut dinobatkan sebagai petinju terbaik kejohanan.
Kejohanan itu yang dianjurkan Persatuan Muaythai Perak (PMP) sempena Tahun Melawat Ipoh 2023 turut mendapat sokongan daripada beberapa syarikat swasta.
Hadir sama untuk menyampaikan hadiah ialah Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin; Penaung PMP, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Rumaizi di dalam ucapannya berkata, kejohanan itu amat bermakna kerana ia akan membantu Ipoh tersenarai dalam kalendar sukan muay thai.
Beliau berharap, kejohanan seumpama itu dapat diadakan lebih kerap di Ipoh, sebagai salah satu persiapan untuk Tahun Melawat Perak 2024.
Topic Berkaitan
#Kejohanan Muay Thai
#dua juara dunia
#Mohammad Rifdean Masdor
#Olahragawan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan