MALAYSIA
Mohd Fuad Bee dilantik Pengarah SPRM Sabah yang baharu

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, dilantik sebagai Pengarah SPRM Sabah yang baharu berkuat kuasa 15 Ogos ini. - Foto Facebook SPRM Sabah
KOTA KINABALU: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, dilantik sebagai Pengarah SPRM Sabah yang baharu berkuat kuasa 15 Ogos ini.
Beliau menggantikan Datuk Karunanithy Y. Subbiah yang akan bertukar ke Pulau Pinang selepas hampir enam tahun berkhidmat di negeri itu.
Majlis serah terima tugas disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya di Auditorium Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, hari ini.
"Halatuju di negeri ini, bukan hanya mencegah rasuah tetapi kita harus berfikir bagaimana membantu kerajaan negeri menekang ketirisan supaya usaha ini memberi kesan berterusan," katanya.Selain itu, tegasnya halatuju yang digariskan kerajaan negeri Sabah dalam aspek ini dijangka memberi impak besar kepada semua pihak.
Dalam masa sama, beliau turut merakam penghargaan terhadap Karunanithy atas kejayaan memimpin beberapa operasi besar sepanjang lima tahun 11 bulan berkhidmat di Sabah.
Katanya, pelantikan Mohd Fuad yang juga anak jati Sabah diharap mampu memperkukuh usaha pencegahan rasuah di negeri itu menerusi pendekatan yang lebih agresif dan berstrategi.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; dan Mayor DBKK, Datuk Haji Sabin Samitah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami