awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Bukan saya, saya baharu ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Na'im terima kunjungan pendakwah Pakistan

Bernama
Bernama
14/07/2025
14:02 MYT
Mohd Na'im terima kunjungan pendakwah Pakistan
Mohd Na'im berkata Sheikh Tariq Jamil bukan sahaja terkenal dengan khutbah dan dakwah yang menyentuh hati, bahkan turut aktif dalam misi kemanusiaan. - X @DSDrNaim
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar hari ini menerima kunjungan ulama dan pendakwah berpengaruh dari Pakistan, Sheikh Maulana Tariq Jamil.
Mohd Na'im menerusi hantaran di platform X berkata dalam pertemuan bersama Sheikh Tariq Jamil beserta rombongan dari Maahad Tahfiz Miftahil Ulum itu, mereka berbincang mengenai usaha bersama dalam memperkukuh jaringan dakwah dan pendidikan Islam di peringkat global, khususnya dalam melahirkan generasi huffaz dan ulama yang berakhlak mulia.
"Semoga ukhuwah (persaudaraan) ini menjadi titik tolak kepada kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Pakistan dalam memartabatkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam," katanya.
Mohd Na'im berkata Sheikh Tariq Jamil bukan sahaja terkenal dengan khutbah dan dakwah yang menyentuh hati, bahkan turut aktif dalam misi kemanusiaan menerusi MTJ Foundation serta usaha pendidikan Islam menerusi institusi Jamia Al-Hasanain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#pendakwah
#Pakistan
#tariq jamil
#Pendidikan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan