awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2022
01:50 MYT
Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis
Mohd Shukri (kiri) ditemani Hasnol tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada jam 9 pagi, Rabu. - Foto Sinar Harian
KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di sini pada Rabu.
Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada jam 9 pagi.
Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dr Faizal Kamarudin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Rusdi Yahya.
Pesuruhjaya Pas Perlis itu kemudian menghadiri sesi pembentangan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Perlis di sini.
Pada Selasa, Mohd Shukri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.
Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Shukri dinamakan sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan Menteri Besar baharu selepas PN berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15 menyaksikan PN berjaya meraih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali di Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan, Gan Ay Ling.
Keputusan itu sekali gus menamatkan penguasaan lebih 60 tahun BN di Perlis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Shukri Ramli
#Menteri Besar Perlis
#DUN Perlis
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan