Sistem Maid Online (SMO) yang diperkenalkan Jabatan Imigresen akan mempercepatkan proses pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kepada hanya 10 hari.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, sistem berkenaan yang akan bermula 1 Januari nanti lebih cepat, tepat dan jimat.
"Melalui SMO, permohonan PRA menjadi lebih cepat dan jimat kerana boleh dilakukan dalam masa singkat jika tiada sebarang masalah, berbanding mengambil masa berbulan, malah bertahun sebelum ini.
"Ia juga lebih tepat kerana majikan akan memasukkan sendiri maklumat dan perincian peribadi dan PRA yang mahu digaji berbanding oleh ejen sebelum ini, selain kos yang lebih murah iaitu RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini," katanya.
BACA: Hanya RM1,635 untuk ambil pembantu rumah asing - TPM Zahid
Prosedur permohonan oleh majikan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dijangka mengambil masa tiga hingga lima hari manakala proses oleh Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum lima hari.
Tambah Mustafar, majikan juga boleh memohon menggaji pembantu rumah asing yang sudah tinggal lebih masa di negara ini iaitu bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2017 atas Pas Lawatan Sosial.
Bagi majikan yang berhasrat mengambil pembantu rumah terus dari negara sumber, mereka tertakluk kepada syarat, prosedur dan kos yang dikenakan negara berkenaan.
Sembilan negara sumber tersebut adalah Indonesia, Filipina, Sri Langka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.
Permohonan PRA boleh dibuat di laman sesawang maid-online.imi.gov.my manakala untuk mengetahui syarat kelayakan dan maklumat lanjut, majikan boleh membuat pertanyaan melalui e-mel admin_maidonline.imi.gov.my atau menelefon 03-88801468.
Hakim Rahman
Fri Dec 29 2017
Majikan boleh menggaji PRA yang berada di Malaysia, dengan syarat dia tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara yang aktif dengan majikan lain. - BERNAMA/Fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KKM pertimbang pendekkan tempoh bagi individu sedang dikuarantin - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini pihaknya sedang menyelesaikan isu logistik bagi melaksanakan perkara itu.
Tempoh kuarantin wajib dikurangkan dari 14 kepada 10 hari - Dr Noor Hisham
Langkah itu sama seperti dilakukan di negara lain berdasarkan laporan saintifik semasa.
Mohon pembantu rumah asing dalam 10 hari
Penggunaan Sistem Maid Online (SMO) bermula 1 Januari tahun depan akan mempercepatkan proses penggajian pembantu rumah asing dalam 10 hari.