Skip to main content

Malaysia

Moratorium keahlian penuh BRICS tidak halang penglibatan aktif Malaysia - PM Anwar

KERALAM (INDIA), 14 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Keralam V. D. Satheesan di Calicut, hari ini bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Keralam. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KERALAM (INDIA), Sept 14 - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim meets Keralam Chief Minister V. D. Satheesan in Calicut today to discuss bilateral cooperation between Malaysia and Keralam. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penerimaan awal Malaysia ke dalam gabungan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar, lebih-lebih lagi apabila ia dizahirkan menerusi sokongan pemimpin-pemimpin utama dunia. - Foto BERNAMA
Advertisement

KOZHIKODE: Penguatkuasaan moratorium terhadap permohonan keahlian penuh dalam blok ekonomi BRICS tidak menyekat Malaysia daripada terus memainkan peranan aktif dalam pelbagai inisiatif dan program utamanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penerimaan awal Malaysia ke dalam gabungan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar, lebih-lebih lagi apabila ia dizahirkan menerusi sokongan pemimpin-pemimpin utama dunia.

"Keahlian penuh adalah satu usaha sukarela. Mereka berbesar hati untuk menerima Malaysia pada peringkat awal dan seperti yang anda tahu, ia merupakan sesi persidangan yang diadakan di Moscow, dicadangkan oleh Putin serta disokong oleh Xi Jinping, Modi, dan Ali dari Ethiopia. Sungguh luar biasa apabila Malaysia sebagai sebuah ekonomi pesat membangun menerima sokongan sedemikian rupa.

"Namun buat masa ini, wujud moratorium dari segi keahlian penuh. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat melalui pembangunan mekanisme kerja dalam BRICS, ia nampaknya tidak menyekat kita daripada menyertai kesemua aktiviti. Dan kita telah pun berbuat demikian," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media penutup sempena  lawatan kerja selama empat hari ke India (11 hingga 14 September 2026) yang merangkumi dua destinasi utama iaitu New Delhi dan Keralam.

Sepanjang siri lawatan berkenaan, beliau diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R.Ramanan.

Selesai menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi serta menyertai siri libat urus ekonomi dan kepimpinan negeri dan negara di Keralam, Perdana Menteri meneruskan siri lawatan rasmi merentasi Lautan Hindi ke Malé, Maldives selama dua hari.

Mengulas lanjut mengenai matlamat penyertaan Malaysia, Anwar menegaskan bahawa penubuhan dan penyertaan dalam BRICS bukanlah satu langkah untuk bersengketa dengan mana-mana pihak atau blok kuasa lain.

Sebaliknya, ia merupakan medan membina kekuatan ekonomi sendiri bagi negara-negara Selatan (Global South) yang selama ini terpinggir akibat peraturan antarabangsa yang dianggap lapuk dan tidak adil.

"Pertamanya penting, sidang BRICS ini, ialah satu membina satu kekuatan baru, dan kita boleh katakan tidak untuk melawan tetapi membina kekuatan sendiri.

“Terutamanya negara-negara selatan, yang selama ini terpinggir, kerana peraturan-peraturan peringkat antarabangsa, itu tidak memihak kepada negara-negara selatan, malah telah dianggap sebagai menggunakan kekuatan lama, Bretton Woods, WTO, Perang Dunia, dan IMF, yang masih belum berupaya melakukan perubahan, menjamin keadilan, bagi negara-negara berkembang dan negara-negara baru.

"Jadi Malaysia, mengambil pendirian, mendukung semangat ini, dan dalam kenyataan saya menekankan bahawa harus ada kekuatan dan semangat baru, termasuk keberanian," tegas Perdana Menteri.

Anwar berkata, pendirian aktif Malaysia dalam BRICS juga tidak menjejaskan hubungan diplomatik mahupun kerjasama ekonomi Putrajaya dengan kuasa-kuasa Barat.

"Yang pertama BRICS sepertimana ASEAN, bukan bermaksud untuk menentang orang lain. Sebab itu kerjasama kita dengan EU, dengan Amerika Syarikat, dengan Australia, semua berterusan. Tidak menghalang.

"Keduanya kita hanya menetapkan peraturan yang adil. Bagaimana kita bincang tentang PBB, Bersatu, tapi kita tak bicara tentang sistem itu sistem yang dipersetujui tahun 1945 sudah usang, tidak adil, tidak demokratik. Begitu juga tentang Bank Dunia dan IMF," jelas beliau.

Menyentuh mengenai pelaksanaan transaksi perdagangan, Anwar menyeru negara-negara anggota untuk lebih berani memanfaatkan mata wang tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada instrumen luar.

"Umpamanya, kita bicara tentang menggunakan dana kewangan dan mata wang sendiri, kalau tidak tentunya sepenuhnya itu tidak memungkinkan sekarang, tapi sebahagiannya.

"Malaysia, dengan Indonesia, Thailand, negara China, itu telah menampak ke depan, dan India kini dah mula bersetuju dengan beberapa persetujuan dari segi menggunakan dana atau kewangan tempatan dalam isu perdagangan," ujar beliau.

Must Watch Video

Advertisement