awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang

Bernama
Bernama
02/05/2024
12:54 MYT
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
Chang (tengah) bergambar kenangan selepas merasmikan Makmal Bergerak, Bangunan Garaj Makmal Bergerak dan Hari Terbuka di Jabatan Kimia Malaysia hari ini.- Gambar Bernama
PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Menterinya Chang Lih Kang berkata berdasarkan pemerhatiannya, kemudahan dan peralatan agensi kimia di bawah kementeriannya umpama 'petugas hadapan' dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan berbahaya itu masih berkurangan.
"Saya rasa perhatian yang mencukupi perlu diberikan kepada peralatan atau kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia seperti Jabatan Kimia Malaysia sebab kelengkapan mereka serba kekurangan.
"Selain berperanan penting sebagai pengurus bencana, pihak berkenaan turut memberi perkhidmatan analisis bahan kimia atau ujian radiologi dan biologi yang sekali gus memberi impak langsung kepada aspek keselamatan dan kebaikan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan makmal bergerak Jabatan Kimia Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Chang dalam ucapannya ketika merasmikan makmal bergerak tersebut berkata kemudahan itu bertujuan meningkatkan lagi keupayaan Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) dalam bertindak balas terhadap sebarang insiden bencana kimia.
Beliau berkata projek makmal bergerak yang merupakan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos RM21.52 juta itu dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi yang menjadi kebanggaan seluruh warga Jabatan Kimia Malaysia dan MOSTI.
Menurut Chang kerajaan menubuhkan CBRNe sebagai langkah proaktif susulan kejadian pencemaran sungai dan udara yang teruk di Sungai Kim-Kim dan Taman Mawar, Pasir Gudang (Johor) serta kematian misteri suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan lima tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#makmal bergerak
#bencana
#peralatan saintifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan