TAPAH: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata pembentangan tersebut menjurus kepada perincian berhubung garis panduan serta peraturan yang perlu dipatuhi pihak berkepentingan dalam semua sektor.
"Satu jawatankuasa khas telah dibentuk di bawah MOSTI untuk mewujudkan kerangka penuh berkaitan teknologi AI ini dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pemain industri.
"Perkara tersebut merupakan satu keperluan kerana buat masa ini tiada sebarang garis panduan atau peraturan yang diwujudkan bagi memastikan ia (AI) digunakan secara beretika oleh semua sektor," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Perak 2023 di Dewan Merdeka di sini, malam tadi.
Pada 18 Sept lepas, Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Dr Aminuddin Hassim menjelaskan usaha membangunkan Kod Etika AI diterajui MOSTI itu susulan beberapa isu ketara mengenai etika AI khususnya berkaitan privasi dan sekuriti selain kesannya kepada kehidupan manusia.
Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan inisiatif bagi mengawal selia teknologi baharu itu turut dirangka berdasarkan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai Etika AI yang diperkenalkan pada November 2021.
Sementara itu, Chang berkata pihaknya turut memberi jaminan bahawa penggunaan AI secara meluas juga bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi berasaskan teknologi berkenaan.
Tambah beliau perkara tersebut secara tidak langsung akan memberi nilai tambah khususnya daripada sudut peningkatan kemahiran atau latihan kemahiran semula kepada para pekerja.
"Di pihak MOSTI sendiri kami tidak melihat teknologi AI ini akan mengambil alih tugas manusia daripada sudut pekerjaan sebaliknya pekerjaan yang akan datang bersama set kemahiran terkini melalui kapasiti latihan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Chang berkata pembentangan tersebut menjurus kepada perincian berhubung garis panduan serta peraturan yang perlu dipatuhi pihak berkepentingan dalam semua sektor. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.
Malaysia perlu rebut peluang dalam pasaran peranti perubatan global - Chang
Inovator dan pengeluar di Malaysia perlu merebut peluang daripada potensi besar industri peranti perubatan global, yang dijangka mencapai hampir US$800 bilion menjelang 2030, kata Menteri Sains, Tekno