awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
Wartawan FMT, Rex Tan mohon maaf terhadap soalan kontroversi ceramah Gaza
Mesyuarat Khas MKT bincang usul dikemuka sayap parti – Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI lancar dua dokumen strategik utama pacu pembangunan ekonomi bernilai tinggi

Bernama
Bernama
15/01/2026
22:00 MYT
MOSTI lancar dua dokumen strategik utama pacu pembangunan ekonomi bernilai tinggi
MOSTI memaklumkan pelancaran kedua-dua laporan mencerminkan pendekatan baharu kerajaan dalam perancangan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Khamis melancarkan dua dokumen strategik utama negara iaitu Laporan STI Foresight 2025-2040: Future of STEM Talent in Malaysia dan Laporan Indeks Inovasi Malaysia (MII) 2025 sebagai asas strategik bagi memacu pembangunan ekonomi bernilai tinggi berteraskan bakat serta inovasi.
Kenyataan MOSTI pada Khamis memaklumkan, pelancaran kedua-dua laporan mencerminkan pendekatan baharu kerajaan dalam perancangan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara yang berpaksikan data sebagai garis asas semasa melalui MII serta Foresight sebagai alat perancangan jangka panjang bagi membentuk intervensi dasar bersasar, progresif dan responsif terhadap perubahan teknologi global.
"Kedua-dua penerbitan merupakan hasil kerjasama strategik dengan Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) selaras aspirasi Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 negara terbaik dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2030," menurut kenyataan itu.
MOSTI memaklumkan, MII 2025 berfungsi sebagai penanda aras nasional yang komprehensif untuk menilai tahap kesiapsiagaan, kekuatan dan jurang ekosistem inovasi negara di peringkat negeri dan wilayah sekali gus menyediakan gambaran objektif mengenai kapasiti inovasi semasa, keupayaan institusi dan industri, ketersediaan bakat serta infrastruktur selain tahap pemindahan teknologi dan komersialisasi.
Menurut MOSTI, sebagai garis asas yang diterbitkan secara dwitahunan, MII membolehkan kerajaan mengenal pasti jurang struktur inovasi antara negeri, menyasarkan intervensi dasar secara lebih tepat dan memantau impak dasar secara berterusan.
"MII akan menjadi rujukan strategik kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam merangka dasar inovasi berasaskan kekuatan tempatan masing-masing," menurut kenyataan itu.
MOSTI memaklumkan, berpaksikan dapatan MII sebagai garis dasar semasa, Laporan STI Foresight 2025-2040 memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti masa hadapan khususnya pembangunan bakat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) negara bagi tempoh 15 tahun akan datang.
Kenyataan itu menyebut, laporan berkenaan merangka keperluan bakat STEM berdasarkan trajektori teknologi global, perubahan struktur ekonomi serta jurang yang dikenal pasti merangkumi 10 bidang kemahiran utama termasuk kecerdasan buatan dan teknologi data, keselamatan digital dan pertahanan siber serta kelestarian dan alam sekitar sebagai pemacu utama ekonomi bernilai tinggi.
Menurut kementerian itu, laporan berkenaan turut merangka 121 strategi berimpak tinggi bagi menyelaraskan sistem pendidikan, latihan dan pembangunan bakat dengan keperluan industri masa hadapan serta sasaran daya saing global.
Secara keseluruhan, MOSTI memaklumkan, MII memberi gambaran jelas kedudukan semasa negara manakala STI Foresight memberi hala tuju dan kaedah untuk mencapai sasaran tersebut sekali gus membolehkan perancangan STI Malaysia dilaksanakan secara lebih berasaskan bukti, berpaksikan wilayah serta bersifat antisipatif dan adaptif dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Laporan MII boleh diakses melalui pautan https://mastic.mosti.gov.my/ publication/malaysia-innovation-index-2025/ dan Laporan STI Foresight 2025-2040 melalui pautan https://mastic.mosti.gov.my/publication/stiforesight-2025-2040-future-of-stem-talent-in-malaysia/ sebagai rujukan kepada kementerian, agensi, kerajaan negeri, industri, institusi akademik serta pihak berkepentingan yang berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#dokumen strategik utama
#pembangunan ekonomi
#Sains Teknologi dan Inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan