GEORGE TOWN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan berjumpa para penternak di seluruh negara dalam usaha mendidik mereka menggunakan teknologi untuk membantu mengurangkan kos ternakan.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya telah merancang teknologi yang perlu dan sesuai digunakan oleh penternak di Malaysia, selain berbincang dengan pihak penternak mengenai kaedah untuk mengurangkan kos penternakan.
"Kita akan melihat ada peluang peringkat di mana untuk menurunkan kos ternakan... mungkin dengan penggunaan teknologi contohnya seperti rumah hijau atau ladang ternak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jerayawara MYStartup di sini hari ini.
Beliau berkata MOSTI akan turut membantu para penternak dalam bahagian pentadbiran dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau internet perkara (IoT) sekiranya kaedah pertanian pintar diguna pakai.
Sementara itu, Dr Adham berkata MOSTI menerusi Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) akan melancarkan program MYHackathorn edisi 2022 pada Jun ini iaitu sebuah program mencari penyelesaian permasalahan perkhidmatan dalam talian kerajaan atau swasta.
Katanya, MOSTI menyasarkan lebih banyak inovasi oleh syarikat-syarikat pemula untuk menambah baik sistem penyampaian kerajaan.
"MOSTI menyasarkan lebih daripada 300 penyertaan untuk program MYHackathorn tahun ini dan kita telah memperuntukkan RM2.5 juta yang akan diberikan kepada 10 pemenang yang terpilih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Dr Adham berkata pihaknya telah merancang teknologi yang perlu dan sesuai digunakan oleh penternak di Malaysia. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.