awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi

Bernama
Bernama
12/03/2024
13:00 MYT
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
Chang berkata antaranya merangka beberapa pelan hala tuju bagi pembangunan teknologi terutama bidang baharu muncul seperti teknologi AI dan blok rantai sehinga 2025. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Menterinya Chang Lih Kang berkata antaranya merangka beberapa pelan hala tuju bagi pembangunan teknologi terutama bidang baharu muncul seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai sehinga 2025.
"...kini (MOSTI) dalam perancangan untuk menggubal kesinambungan pelan tersebut sehingga 2030 supaya inisiatif pelan sedia ada dapat terus dilaksanakan dan mencapai sasaran ditetapkan.
"Di samping itu, kementerian juga bertanggungjawab dalam merangka tadbir urus dan kod etika AI (AIGE) yang akan dilancarkan pada suku kedua 2024. AIGE ini melengkapi usaha pengukuhan tatakelola perundangan dan etika untuk mengawal selia AI," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya sedang mengkaji beberapa model perniagaan bagi memastikan pembangunan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) meliputi keseluruhan rantaian nilai iaitu huluan, pertengahan dan hiliran.
"Model yang dipertimbangkan adalah pelaburan sepenuhnya daripada pihak industri, pelaburan kerajaan negeri dengan kerjasama pihak industri, pelaburan sepenuhnya atau bersama syarikat berkaitan kerajaan dan penubuhan entiti baharu melalui syarikat bertujuan khas," katanya.
Mengenai status pembangunan 10,000 pengecas kenderaaan elektrik menjelang 2025, Nik Nazmi berkata ia mengalami kelewatan berpunca daripada beberapa karenah birokrasi pihak terlibat.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#AIGE
#mencapai sasaran
#kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan