SUBANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menambah baik kebajikan dan faedah pemandu bas dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang menyertai bidang itu, kata Menterinya Anthony Loke.
Loke berkata ia juga adalah untuk memastikan terdapat pemandu bas yang mencukupi di pasaran.
"Selain itu, Prasarana akan mengadakan jerayawara untuk merekrut lebih ramai pemandu bas dan kami berharap lebih ramai akan tampil untuk mendapatkan pekerjaan ini," katanya kepada pemberita selepas dijemput sebagai ahli panel dalam forum "Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung" di Universiti Sunway di sini pada Selasa.
Loke berkata demikian mengulas laporan media baru-baru ini berhubung Kesatuan Pekerja Pengangkutan menggesa kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan pemandu bas di negara ini dengan mengatasi masalah seperti kos operasi yang tinggi, hasil yang rendah dan persaingan sengit menyukarkan pengusaha bas untuk menggaji pemandu.
Berhubung keputusan kerajaan untuk menggubal dasar membasmi budaya Ali Baba yang mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi, Loke berkata terdapat pendekatan dan dasar yang perlu dirangka.
Beliau berkata ia perlu bagi memastikan sumber dan peruntukan kerajaan yang digunakan untuk tujuan itu dibelanjakan dengan baik dan nilainya dimanfaatkan sepenuhnya.
"Itu yang berlegar dalam fikiran kami, dan agenda paling penting untuk mematahkan elemen rent-seeking (dan pada masa sama) memastikan nilai untuk wang, sesuatu yang kami mahu laksanakan bagi memastikan peruntukan sumber yang lebih baik," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata kerajaan sedang dalam tindakan merangka Dasar Anti-Ali Baba (rent-seeking) yang mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi.
Anwar berkata anggaran kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota serta pemberian subsidi dan geran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Loke berkata ia juga adalah untuk memastikan terdapat pemandu bas yang mencukupi di pasaran. - Foto fail/BERNAMA
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.