ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Jun 2026.
Sivasangari jadi finalis Malaysia pertama di Akhir Jelajah PSA sejak 2012
Pemain pilihan keempat itu menewaskan pilihan utama dan bintang Mesir Amina Orfi, 3-1 dalam aksi separuh akhir yang mendebarkan.
Selangor perluas akses kesihatan mampu milik melalui Selgate
Langkah itu bukan sahaja memberi akses rawatan yang lebih pantas kepada pesakit, malah membantu mengurangkan tekanan dan kesesakan di fasiliti kesihatan awam.
IDEAS gesa pelaksanaan DPP telus, seimbang isu pelarian
IDEAS turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan sentimen kebencian dan retorik berunsur perkauman serta xenofobia terhadap komuniti pelarian Rohingya di Malaysia.
- KO petarung Iran di pusingan pertama, Rifdean akhirnya raih kontrak ONE Championship
Atlet tu mengekalkan momentum cemerlang apabila menewaskan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama di Bangkok.
Pelbagai fakta telah dikemukakan kepada umum oleh pihak berkuasa bertujuan untuk membetulkan tanggapan ini.
HAWANA 2026: PM Anwar zahir penghargaan media tempatan berpegang pada etika dan integriti
Tugas pengamal media pada masa kini bukan mudah, terutama ketika dunia berdepan ledakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
- DAP umum empat calon galas cabaran di PRN Johor
Empat calon berkenaan ialah Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kewangan Nor Zulaila Abd Ghani, 38, yang dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram manakala Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor Lee Wern Yiing, 30, akan bertanding di Johor Jaya.
- 402 kes rokok elektronik mengandungi dadah sintetik direkodkan setakat April 2026
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dapatan tersebut disifatkan sebagai ancaman serius kepada kesihatan awam, khususnya dalam kalangan remaja.
- Jangan jadikan AI ‘doktor sendiri’, perlu rujuk pakar - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, sebarang simptom atau gejala penyakit perlu dirujuk segera kepada pengamal perubatan bertauliah sama ada di fasiliti kesihatan awam mahupun swasta.
- Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia tutup kempen dengan kemenangan, tumpaskan Scotland
Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen FIH Hockey Men’s Nations Cup 2025-26 di tempat kelima selepas mencatat kemenangan meyakinkan 4-2 ke atas Scotland dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam.