awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara

Bernama
Bernama
16/03/2023
20:00 MYT
MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berucap pada Majlis Apresiasi Pelancongan Domestik. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata kerjasama menerusi Jabatan Warisan Negara itu penting kerana pihak IPTA mempunyai kepakaran dan ilmu yang luas dalam bidang berkenaan.
Beliau berkata tumpuan akan diberikan terhadap usaha memelihara dan melindungi warisan menerusi penyelidikan, dokumentasi, penguatkuasaan selain menggalakkan kesedaran terhadap kepentingan mengekalkan khazanah warisan negara tersebut.
"Ini satu permulaan yang baik kerana menerusi kerjasama kita dapat memperkukuhkan lagi sudut kajian inti pati warisan negara," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Warisan Negara dan 11 universiti awam di sini, pada Khamis.
Antara IPTA terlibat dalam MoU itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), selain institut pengajian tingga swasta turut dialu-alukan untuk bersama-sama menjalankan kajian berkaitan warisan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#ipta
#khazanah warisan negara
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan