awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC tambah baik program Pengalaman Homestay

Bernama
Bernama
27/11/2021
08:40 MYT
MOTAC tambah baik program Pengalaman Homestay
Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan sijil pendaftaran peserta program pengalaman homestay Malaysia kepada Pengusaha Homestay Sadong Jaya, Suraya Lariwoo pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menambah baik garis panduan program Pengalaman Homestay Malaysia selaras permintaan terkini bagi menggalakkan lebih ramai komuniti luar bandar untuk turut serta sebagai pengusaha inap desa.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penambahbaikan tersebut antaranya adalah meletakkan had radius pendaftaran secara kluster atau individu sebagai pengusaha diperluas dalam lingkungan 10 kilometer di Semenanjung Malaysia dan 50 kilometer bagi Sabah dan Sarawak dari pusat aktiviti.
Beliau berkata had minimum pendaftaran kluster juga telah dikurangkan daripada 10 orang kepada lima orang bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Selain itu kita mahu memperluas penyertaan kepada individu yang berminat untuk bergabung bersama komuniti inap desa yang berdaftar dan mewujudkan kategori bagi inap desa serta kampungstay seperti Annex Kampungstay, Guest Kampungstay, Farm atau Agro Kampungstay dan Inovatif Kampungstay.
"Kita juga mahu menekankan tanggungjawab dan tadbir urus pengurusan kluster inap desa selain menggalakkan mereka menubuhkan koperasi serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia," katanya berucap pada majlis pelancaran Garis Panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia dan platform jomhomestay.my di sini hari ini.
Beliau berkata ini merupakan peluang keemasan kepada pengusaha inap desa bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka dengan menawarkan perkhidmatan lebih baik serta melakukan promosi bagi menarik kumpulan sasaran itu.
"Kita hendak menarik pelancong bernilai tinggi untuk berbelanja sebanyak mana yang mereka mahu agar dapat merancakkan lagi industri ini," katanya.
Selain itu, Nancy berkata walaupun banyak sempadan antarabangsa akan dibuka, namun rakyat Malaysia masih mengambil langkah berhati-hati dan tetap akan memilih untuk bercuti di dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Pengalaman Homestay Malaysia
#inap desa
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan