KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.
Timbalan Menteri Pelancongan Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pihaknya akan membuka peluang untuk memudahkan penganjur membawa masuk lebih ramai penyanyi luar negara.
“Kita dapat laporan dari media massa dan kita akan siasat, berkenaan kekurangan konsert daripada artis luar negara yang mahu mengadakan persembahan di Malaysia.
"Kemasukan artis luar ini bergantung kepada negeri-negeri. Ada negeri yang lebih terbuka, ada negeri yang lebih perlu patuhi piawaian SOP. Tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk memudahkan sebarang permohonan yang diterima," katanya.
Ketika ditanya sama ada MOTAC bersetuju untuk memberi sokongan kepada hari tambahan konsert kumpulan rock Coldplay pada November depan, Khairul Firdaus menjelaskan kementeriannya masih belum mendapat sebarang permohonan daripada penganjur, Live Nation Malaysia.
"Kita belum mendapat sebarang permohonan daripada penganjur untuk mereka melanjutkan atau mengadakan konsert Coldplay selain daripada tarikh yang ditetapkan. Apa jua keputusan tertakluk kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Pada 17 Mei lalu, 80,000 tiket konsert jelajah Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan pada 22 November 'licin' dalam masa tiga jam.
Disebabkan permintaan tinggi, peminat Coldplay juga membuat satu petisyen memohon kumpulan rock popular dari Britain itu menambah satu malam lagi konsert di Malaysia.
Namun, sehingga hari ini, belum ada apa-apa pengumuman mengenai petisyen penambahan konsert berkenaan..
Faida Rahim
Tue Jun 20 2023
Khairul Firdaus berkata, pihaknya akan membuka peluang untuk memudahkan penganjur membawa masuk lebih ramai penyanyi luar negara. - Gambar fail/Astro AWANI
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Tiga cedera dalam serangan peluru Ukraine
Tiga orang awam cedera di Wilayah Belgorod, Rusia selepas Ukraine melancarkan serangan peluru di Bandar Shebekino.
Ribuan orang menyambut kehadiran Pope Francis Pope Francis
Ribuan penganut katolik di Vanimo, Papua New Guinea (PNG) menyambut kedatangan pemimpin gereja Katolik dan Kota Vatican, Pope Francis pada Ahad.
Kebakaran berpanjangan, Bolivia isytihar darurat
Kerajaan Bolivia pada Sabtu mengisytiharkan negara tersbeut darurat susulan kebakaran hutan yang semakin marak.
Angka korban meningkat kepada 21 kanak-kanak
Dalam insiden yang berlaku pada Khamis malam, pihak berkuasa memaklumkan beberapa kanak-kanak melecur sehingga tidak dapat dikenali.
Lebih 10 penduduk maut di Vietnam
Sembilan penduduk maut manakala 186 cedera susulan Taufan Yagi yang melanda utara Vietnam sejak petang Sabtu.
Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara
MOTAC menggantung sementara lesen syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
Perak harap MOTAC bantu pembangunan Lembah Lenggong
Bantuan amat diperlukan bagi melaksanakan pembangunan terancang selain memastikan khazanah warisan negeri itu kekal terpelihara.
King Sing mohon maaf isu cadang Langkawi destinasi pilihan Muslim
Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf berhubung cadangan yang dibuat timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pilihan Muslim.
MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.
Polis buru individu hantar bom palsu di MOTAC
Lakaran lelaki memakai pelitup muka itu, dirakam di pejabat sebuah syarikat penghantaran di Sungai Buloh, Selangor, pada hari sama bungkusan itu dikirim ke MOTAC.
'Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing
Pihak yang terlibat digesa menahan diri daripada menyerang langkah-langkah dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan tanpa asas melalui semua saluran untuk agenda peribadi.
Pasukan Petugas Khas jemaah haji tamat 12 malam ini
Pasukan Petugas Khas jemaah Haji terkandas yang diaktifkan di KLIA bermula 10 Jun lalu akan menamatkan tugas mereka pada jam 12 malam ini.
Peserta MM2H rancakkan ekonomi, tidak layak mohon PR
Peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi ketiga-tiga kategori Platinum, Gold dan Silver tidak layak untuk memohon status penduduk tetap (PR).