awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis

Bernama
Bernama
30/07/2024
05:00 MYT
Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis
M Kumar berkata buat masa ini maklumat berkenaan tidak didedahkan kepada umum bagi menggelak ia daripada mengganggu siasatan. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Motif kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor CP M Kumar.
Beliau berkata buat masa ini maklumat berkenaan tidak didedahkan kepada umum bagi menggelak ia daripada mengganggu siasatan.
"Kita melakukan siasatan secara menyeluruh. Bagaimanapun laporan perubatan yang diterima mengesahkan kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Albertine ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi 23 Julai lepas, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah di sini, dan polis telah menahan reman seorang suspek lelaki berumur 31 tahun bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#Albertine Leo
#ketua polis johor
#motif
#M Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan