SUNGKAI: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer (KM) 1, Jalan Changkat Sulaiman di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa yang berusia 72 tahun maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah bas yang membawa 10 orang penumpang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Rapinge Rasidi yang beralamat di Felda Trolak Selatan, Sungkai mengalami kecederaan parah.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah bergesel dengan motosikal yang keluar dari simpang sebelah kiri.
"Akibat daripada itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Beliau berkata, punca kemalangan disebabkan mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba.
Katanya lagi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk proses bedah siasat selepas menerima keputusan ujian COVID-19.
"Pemandu bas berusia 34 tahun dan penumpang di dalam bas tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Wan Azharuddin berkata, siasatan lanjut diteruskan selain kenderaan terbabit ditahan bagi tujuan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Aida Aziz
Sun Mar 27 2022
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer (KM) 1, Jalan Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak pagi tadi.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Motosikal bergesel, seorang lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan motosikal rakannya di Kampung Saujana petang tadi.
Penunggang motosikal maut hilang kawalan, dilanggar lori
Mangsa berusia 17 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC bersama rakannya dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pasir Gudang.
Pelajar Tingkatan Enam maut, motosikal bergesel dengan rakan
Mohamad Farhan Hakimi, pelajar Tingkatan Enam SMK Munshi Abdullah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penghantar makanan maut, motosikal bergesel bas
Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas di Lebuhraya Persekutuan.
Warga emas meninggal dunia selepas sejam dirawat
Seorang warga emas disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas menerima rawatan akibat kemalangan di Gua Musang.
Tiga remaja maut, selepas berlumba sesama sendiri
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.
Tiga remaja maut motosikal bergesel sesama sendiri
Tiga remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri di Jalan Kampung Sungai Satan-Jalan Malaysia, di sini malam tadi.
Motosikal bergesel dengan bas, warga emas maut
Mangsa yang berusia 72 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Motosikal bergesel, warga emas maut
Bahagian kanan motosikal mangsa bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggangi seorang lelaki berusia 24 tahun yang ketika itu sedang memotong.
Motosikal bergesel, dua maut dalam tragedi konvoi raya di Maran
Perjalanan pulang dua rakan selepas berhari raya secara berkonvoi berakhir tragedi apabila dilanggar selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23, Maran.