awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPOB perlu jadi penanda aras global dalam penyelidikan minyak sawit - Johari

Bernama
Bernama
08/01/2024
21:00 MYT
MPOB perlu jadi penanda aras global dalam penyelidikan minyak sawit - Johari
Dalam lawatan itu, Johari diberi taklimat mengenai peranan MPOB serta kemajuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan minyak sawit. - Foto Facebook MPOB
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perlu menjadi penanda aras global dalam semua penyelidikan membabitkan sektor huluan dan hiliran minyak sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan sektor perladangan untuk bekerjasama dengan MPOB dengan memanfaatkan peluang bagi mengetengahkan hasil penyelidikan seperti penggunaan bahan penanaman berkualiti yang diperoleh daripada kemajuan bioteknologi serta teknik kultur tisu.
"Industri minyak sawit memberi sumbangan penting kepada ekonomi Malaysia yang menjana pendapatan negara melebihi RM130 bilion," katanya dalam kenyataan MPOB bersempena kunjungan beliau ke agensi itu, semalam.
Dalam lawatan itu, Johari telah diberi taklimat mengenai peranan MPOB serta kemajuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan minyak sawit.
Setakat ini, MPOB telah membangunkan sebanyak 714 teknologi merangkumi semua sektor dalam industri sawit termasuk formulasi produk makanan dan bukan makanan berasaskan tanaman komoditi itu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 233 atau 32.7 peratus daripada teknologi berkenaan telah dikomersialkan dan diguna pakai oleh kalangan industri serta usahawan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPOB
#minyak sawit
#JOHARI ABDUL GHANI
#penanda aras global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan