awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPRA 2025: Astro AWANI rangkul lima emas, tiga perak

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
28/11/2025
15:45 MYT
MPRA 2025: Astro AWANI rangkul lima emas, tiga perak
Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Astro AWANI sebagai antara peneraju utama dalam penyampaian berita yang berkualiti dan berimpak tinggi di Malaysia. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Astro AWANI mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul lapan anugerah, lima emas dan tiga perak dalam Majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2025 (MPRA 2025).
Anugerah itu disampaikan dalam MPRA 2025 yang dianjurkan di ibu negara, pada Jumaat.
Wartawan, Seth Akmal membawa pulang anugerah emas dalam kategori Liputan Gaya Hidup (Dalam Talian) menerusi laporan khas bertajuk ‘Di sebalik lensa: Nick Ut kongsi kisah Napalm Girl’.
Turut membawa pulang anugerah sama bagi kategori Liputan Gaya Hidup (Penyiaran) ialah wartawan, Asyraf Malik menerusi laporan khas ‘‘Saka’ moden jaga kebun siang dan malam’.
Wartawan, Firdaus Azil juga memenangi anugerah emas bagi kategori Penulisan Op-Ed (Dalam Talian) menerusi artikel bertajuk ‘Tiba masa ubah stigma TVET aliran ketiga di belakang sains, sastera’ di laman web www.astroawani.com serta bagi kategori Liputan Isu & Krisis (Penyiaran) menerusi laporan khas ‘Karpal Singh Drive: Laut yang hilang, suara yang tenggelam’.
Beliau turut membawa anugerah perak bagi kategori Liputan Isu & Krisis (Dalam Talian) menerusi laporan khas ‘Negara menua: Satu lagi krisis nasional, bersediakah kita?’.
Selain itu, wartawan, Ernalisa Othman turut berjaya merangkul anugerah emas bagi kategori Anugerah Tanggungjawab Sosial (Penyiaran) menerusi laporan khas ‘Bariatric bantu individu kawal penyakit kencing manis’.
Anugerah perak juga dirangkul wartawan Yasmin Natasha bagi kategori Anugerah Tanggungjawab Sosial (Dalam Talian) menerusi laporan khas ‘ADHD dewasa, realiti yang terlepas pandang’ dan wartawan Mohamad Afiq Mohd Ariffin bagi kategori Anugerah Tanggungjawab Sosial (Penyiaran) menerusi laporan khas ‘Tradisi kasih pada negara, Jalur Gemilang Mohd Jumaro’.
Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Astro AWANI sebagai antara peneraju utama dalam penyampaian berita yang berkualiti dan berimpak tinggi di Malaysia.
Sementara itu, Astro sekali lagi membuktikan kelasnya yang tersendiri apabila berjaya membawa pulang 12 anugerah, termasuk Anugerah Campaign of the Year yang merupakan pengiktirafan tertinggi industri bagi kecemerlangan perhubungan awam tanah air.
Astro turut diiktiraf melalui kategori seperti liputan Gaya Hidup, Isu & Krisis, Penulisan Op-Ed serta Anugerah Tanggungjawab Sosial yang mengangkat usia pusat penyiaran itu dalam menyampaikan cerita yang berkualiti, telus dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Selain itu, kempen perhubungan awam melalui watak lagenda Malaysia, Keluang Man turut meraih anugerah Best PR-Led Intergrated Campaign.
Topic Berkaitan
#MPRA
#Astro Awani
#anugerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan