Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjangka langkah penawaran prakelayakan (Pra-Q) bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menarik banyak minat daripada syarikat-syarikat kejuruteraan, infrastruktur dan pembinaan di seluruh negara.
Menurut MRL, iklan notis Pra-Q daripada kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC), China Communications Construction Company Ltd (CCCC) akan diterbitkan di akhbar harian utama pada 13 dan 14 Mei, 2019.
Langkah penawaran Pra-Q itu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor warga Malaysia yang layak menyertai kerja-kerja sivil projek itu.
Tawaran itu terbuka kepada semua kontraktor tempatan berpengalaman yang mempunyai Gred G3 hingga G7 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dengan penarafan SCORE sekurang-kurangnya dua bintang.
MRL berkata dokumen Pra-Q itu mesti diserahkan ke kaunter CCCC di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 29 dan 30 Mei, 2019.
"Kami menyeru kontraktor tempatan yang layak di seluruh negara untuk berlibat secara aktif dalam penawaran Pra-Q -- persediaan awal kepada mereka sebelum terlibat dalam projek ECRL.
"Kontraktor tempatan mempunyai banyak peluang untuk memenuhi (bahagian) penyertaan tempatan bagi kerja-kerja sivil projek ECRL yang telah meningkat kepada 40 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini," menurut MRL dalam kenyataan hari ini.
Jawatankuasa Penilaian Pra-Q terdiri daripada pegawai kanan MRL dan CCCC yang akan menilai permohonan daripada kontraktor warga Malaysia semasa langkah penawaran Pra-Q untuk menyenarai pendek kontrak tempatan yang layak ke peringkat seterusnya sebagai penender berpotensi bagi pakej kerja sivil ECRL.
MRL berkata Jawatankuasa Penilaian Pra-Q itu perlu memastikan tadbir urus yang baik serta amalan beretika diamalkan dalam pra-kelayakan dan penilaian terhadap kontraktor tempatan, dan menurutnya hanya yang disenarai pendek akan dimaklumkan sebelum ke langkah selanjutnya sebagai penender berpotensi.
Pakej kerja sivil itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembentukan, pembaikan tanah, asas, berstruktur, jalan dan bangunan secara subkontrak oleh CCCC kepada kontraktor yang layak di kawasan jaringan ECRL.
"Peningkatan penyertaan daripada kontraktor tempatan terhadap projek ECRL yang berskala besar, bernilai RM44 bilion itu menggalakkan sektor pembinaan dan bahan binaan tempatan, selain berpotensi sebagai kesen pengganda kepada ekonomi Malaysia.
MRL dan CCCC optimis bahawa, dengan gabungan pengetahuan dan kepakaran subkontraktor Malaysia yang berpengalaman dan membuahkan hasil, projek ECRL akan siap sepenuhnya seperti dijangka pada 31 Dis, 2026.
MRL adalah syarikat bertujuan khas milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan merupakan projek dan pemilik ECRL.
Projek rel sejauh 640 kilometer itu menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2019
MRL dan CCCC optimis bahawa, dengan gabungan pengetahuan dan kepakaran subkontraktor Malaysia yang berpengalaman dan membuahkan hasil, projek ECRL akan siap sepenuhnya seperti dijangka pada 31 Dis, 2026. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM
Perdana Menteri mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat dalam pembinaan ECRL perlu berganding bahu bagi memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual.
Anwar dijadual mula lawatan rasmi ke China dengan menghadiri BFA 2023 di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) dan memulakan lawatan rasmi empat hari ke China.
ECRL: Kontraktor Bumiputera percaya PH akan berlaku adil
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia percaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berlaku adil kepada mereka untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
MRL jangka pelaksanaan Pra-Q tarik minat tinggi
Langkah penawaran Pra-Q itu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor warga Malaysia yang layak menyertai kerja-kerja sivil projek itu.
Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dikurangkan lagi sekiranya skop kerja turut dikurangkan.
Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.
Perjanjian ECRL 50:50 MRL dan CCCC - Tun Mahathir
MRL dan CCCC bersetuju untuk membentuk syarikat usaha sama 50:50 untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel ECRL.
China setuju pulangkan sebahagian daripada bayaran pendahuluan ECRL - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata CCCC bersetuju memulangkan sebahagian bayaran pendahuluan Fasa 2 ECRL, Landasan Berkembar dan Jajaran Utara di bawah kontrak asal.
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.
Projek ECRL masih dalam proses rundingan - Dr Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek itu perlu dinilai semula dan hanya boleh diteruskan jika dilaksanakan dengan skala yang sesuai.