Projek Mass Rapid Transit, MRT jajaran kedua dan ketiga dijangka meliputi kawasan Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang membuat kertas kerja mengenai jajaran tersebut yang akan dibentangkan kepada kerajaaan untuk mendapat kelulusan.

Azhar berkata, projek MRT dijangka siap mengikut jadual. Sehingga kini, projek berkenaan sudah 15 peratus siap.

Laluan pertama MRT Sungai Buloh-Kajang membabitkan dua fasa iaitu Sungai Buloh ke Semantan, dan Semantan ke Kajang.

Projek berkenaan melibatkan jarak 51 kilometer dengan 31 stesen perhentian yang turut melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur.