awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRT Corp, Majlis Penasihat Kerajaan bincang kurangkan kos MRT 2

Bernama
Bernama
22/06/2018
04:40 MYT
MRT Corp, Majlis Penasihat Kerajaan bincang kurangkan kos MRT 2
Shahril bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin, 22 Jun, 2018. --fotoBERNAMA
MRT Corp sedang berusaha mencari jalan untuk mengurangkan kos bagi projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 2 (MRT2).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shahril Mokhtar, yang bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini berkata kedua-dua pihak bertukar-tukar idea bagaimana untuk mengurangkan kos MRT2, yang mempunyai kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM32 bilion.
"Pada dasarnya, kami berbincang dengan CEP untuk menyelesaikannya. Kami berbincang mencari jalan untuk mengurangkan lagi kos, terutamanya bagi laluan 2," katanya kepada pemberita di Menara Ilham hari ini.
Shahril berkata meskipun tiada angka khusus yang disebut oleh CEP, mesyuarat itu membuahkan hasil dan kini MRT Corp bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurangan itu.
Beliau juga mengulangi bahawa projek MRT3 ditangguhkan buat masa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEP
#Daim Zainuddin
#kerajaan
#kos
#Majlis Penasihat Kerajaan
#MRT
#MRT Corp
#projek
#Shahril Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan