awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRT Laluan Putrajaya: Fasa Satu dibuka mulai 16 Jun, Fasa Dua kini 98 peratus

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/06/2022
10:55 MYT
MRT Laluan Putrajaya: Fasa Satu dibuka mulai 16 Jun, Fasa Dua kini 98 peratus
Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu bakal dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang, 16 Jun ini - Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING JAYA: Kerja-kerja pembinaan bagi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu telah siap dan bakal dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang, 16 Jun ini.
Manakala, bagi pembinaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral pula, ia kini sudah mencapai tahap 98 peratus siap.
Menurut Pengarah Projek MRT Laluan Putrajaya, Datuk Amiruddin Ma'aris, operasi Fasa Dua dijangka bermula pada Januari 2023 bagi membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.
"Antara aktiviri yang dijalankan termasuk kerja-kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentaulihan," katanya kepada pemberita dalam sesi taklimat sempena pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, di sini hari ini.
Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Amiruddin berkata sebanyak 12 stesen akan beroperasi dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu meliputi jajaran sepanjang 17.5km - Foto/Astro AWANI/Shahir Omar
Mengulas mengenai MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, Amiruddin berkata, 12 stesen akan beroperasi dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu meliputi jajaran sepanjang 17.5 kilometer (km).
Daripada 12 stesen tersebut, tiga stesen iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh merupakan sebahagian daripada MRT Laluan Kajang Fasa Satu.
Ketiga-tiga stesen tersebut ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi kerja-kerja pemindahan, sebagai sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya yang baharu.
Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu telah siap sepenuhnya - Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Sementara, sembilan stesen baharu yang akan dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.
"Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya bermula dari pukul 6 pagi hingga 11.30 malam. Kalau lihat di setiap pintu masuk stesen, akan ada paparan bagi tren terakhir.
"Jadi, penumpang akan tahu bila perkhidmatan terakhir dan (membantu) mereka merancang perjalanan. Bagi frekuensi perkhidmatan pula, pada waktu puncak antara empat hingga enam minit, sementara bukan waktu puncak ialah tujuh hingga 10 minit," ujarnya lagi.
Sebanyak 13 laluan bas perantara turut beroperasi bagi memberi perkhidmatan di kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam berhampiran stesen.
Penumpang boleh bertukar antara tren MRT Laluan Putrajaya dan MRT Laluan Kajang di Kwasa Damansara, sementara Di Kampung Batu, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur dengan pertukaran ke laluan KTM Komuter Batu Caves-Pulau Sebang.
Selain itu, turut disediakan bagi kemudahan penumpang ialah "park and ride" di tujuh stesen dengan jumlah tempat letak kereta melebih 2,800 petak.
Topic Berkaitan
#MRT Laluan Putrajaya siap
#Operasi MRT Laluan Putrajaya
#MRT 16 Jun
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan