Malaysia Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak RM2.5 juta atau 12.1 peratus pada 2012 berbanding tahun 2011.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, margin keuntungan kasar MTDC bermula tahun 2010 hingga 2012 adalah pada kadar 13.3 peratus sehingga 39.9 peratus.
Daripada maklum balas MTDC yang diterima pada 24 Januari lalu, faktor utama yang menyumbang kepada penurunan keuntungan kasar pada 2012 ialah jumlah peruntukan dana yang diterima daripada pihak kerajaan adalah lebih rendah berbanding dengan tahun sebelumnya.
"Apabila peruntukan berkurangan, yuran pengurusan juga turut berkurangan. Bagi setiap peruntukan yang diterima, caj pengurusan yang dibenarkan oleh pihak kerajaan ialah 3.0 peratus atau 3.5 peratus bergantung kepada jenis dana," katanya.
Laporan itu turut mencadangkan pengurusan atasan MTDC mewujudkan mekanisma yang berkesan bagi meningkatkan bilangan penerima supaya caj pengurusan (pendapatan) dapat juga dipertingkatkan.
"Selain itu, MTDC hendaklah mengamalkan amalan pengurusan terbaik bagi mengurangkan atau mengekalkan perbelanjaan operasinya bagi membolehkan keuntungan bersih sebelum cukai dipertingkatkan," katanya.
Dari penelitian Audit didapati kos operasi meningkat secara berterusan bagi tiga tahun berturut-turut.
Walaupun pendapatan meningkat pada 2011 berbanding tahun 2010 tetapi MTDC masih mengalami kerugian operasi pada 2011.
"Peningkatan kos operasi setiap tahun adalah disebabkan peruntukan rosot nilai. Kerugian operasi pada 2011 juga adalah disebabkan peruntukan rosot nilai yang tinggi," katanya.
MTDC telah berfungsi untuk memenuhi jurang pembiayaan dengan membuat pelaburan Modal Teroka untuk membiayai pengkomersilan hasil Penyelidikan dan Pembangunan (P&P).
Pelaburan Modal Teroka MTDC dalam syarikat-syarikat penerima pelaburan kebanyakannya masih di peringkat awal.
Bagi industri Modal Teroka adalah sesuatu yang norma nilai pelaburan menghadapi rosot nilai ketara pada peringkat awal pelaburan terutamanya dalam syarikat-syarikat berteknologi.
Bernama
Mon Apr 07 2014
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Harga barang, inflasi meningkat selepas GST - Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
Secara keseluruhan, sedikit peningkatan harga akan berlaku sekiranya dilihat dari segi purata.
MTDC catat penurunan pendapatan RM2.5juta pada 2012
MTDC mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak RM2.5 juta atau 12.1 peratus pada 2012 berbanding tahun 2011.
Harga ikan dalam kontrak lebih tinggi berbanding harga pasaran
Harga ikan dalam kontrak beberapa kontrak hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Peralatan sukan Sukma 13 di Melaka rosak, tidak digunakan selepas kejohanan berakhir
Pelbagai peraltan suka untuk Sukan Malaysia ke-13 di Melaka didapati tidak digunakan dan rosak sejak kejohanan berakhir pada Jun 2010.
Hanya 10% anggota baharu Rela hadir sesi taklimat pengenalan
Hanya 10.4% daripada keseluruhan 445,104 anggota baharu Rela hadir sesi taklimat pengenalan.