MELAKA: Walaupun bukan pertama kali berpuasa pada bulan Ramadan, ia tetap menjadi cabaran buat mualaf yang hanya ingin dikenali sebagai Echa untuk memastikan beliau dapat menunaikan rukun Islam ketiga itu dengan sebaiknya selain turut melaksanakan ibadah lain seperti solat fardu dan tarawih.
Suri rumah berusia 24 tahun itu berkata cabaran berkenaan lebih dirasai apabila beliau perlu berpuasa dalam keadaan sarat mengandung dan menghidap gastrik tetapi ia bukan penghalang buatnya yang teruja menunaikan ibadah berkenaan bersama suaminya yang merupakan seorang Muslim.
"Saya memang hidup dan tinggal dalam komuniti Melayu dan Islam...sebelum ini juga saya selalu berpuasa pada bulan Ramadan bersama kawan-kawan Islam tetapi banyak perbezaan atau kelainan ketika berpuasa sebagai Muslim dan sebelum memeluk Islam.
"Apabila sudah memeluk Islam, puasa merupakan satu daripada rukun Islam yang perlu saya tunaikan sebaik mungkin, tetapi ada kalanya saya hanya dapat berpuasa separuh hari sahaja ekoran keadaan kesihatan," katanya yang memeluk Islam pada Oktober tahun lepas selepas mendapat mimpi yang ditafsirkannya sebagai hidayah untuknya berhijrah kepada Islam.
Echa berkata sebelum penghijrahannya daripada seorang penganut Buddha kepada Islam, beliau pernah bermimpi berada di kawasan lapang dan bersama ramai orang yang berpakaian serba putih.
Beliau berkata dia bernasib baik kerana penghijrahannya itu mendapat bimbingan daripada suami yang dinikahinya selepas memeluk Islam selain sering melibatkan diri dengan program dakwah atau berkaitan Islam dalam usaha meningkatkan ilmu dan pemahamannya tentang agama itu dengan lebih jelas.
Sementara itu, saudara baharu yang ingin dikenali sebagai Muhammad, 29, berkata beliau tertarik untuk memeluk Islam selepas sering didedahkan dengan pelbagai kisah berkaitan nabi oleh seorang kenalannya di tempat kerja sejak dua tahun lepas.
Pekerja di sebuah kilang di sini berkata daripada kisah yang didengarinya itu, beliau kemudian membuat pembacaan yang lebih terperinci daripada pelbagai sumber untuk mencari bukti sahih mendalami keindahan Islam.
"Bukan mudah untuk saya sebagai seorang penganut Kristian sebelum ini membuat keputusan memeluk Islam.
"Banyak juga halangan yang saya terpaksa lalui terutama apabila penghijrahan saya ini tidak mendapat restu keluarga dan tidak disenangi rakan-rakan.
"Tetapi alhamdulillah berkat doa yang tidak pernah putus, akhirnya keluarga kini dapat menerima keputusan saya dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari untuk saya benar-benar menjadi seorang Muslim yang baik," katanya yang memeluk Islam pada Disember tahun lepas.
Mengulas tentang ibadah puasa sebagai seorang mualaf baharu, beliau bersyukur dapat menjalani ibadah berkenaan yang kini telah memasuki hari ke-13 dan berharap dapat berpuasa penuh tanpa sebarang ujian.
Terdahulu, kedua-dua mualaf berkenaan ditemui pada Majlis SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Kasih Santun Ramadan bagi meraikan golongan mualaf di Melaka yang disempurnakan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin dan turut dihadiri Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka Nur Caren Chung Yock Lan di sini pada Jumaat.
Mohd Norlisam berkata sebanyak 10 mualaf baharu menerima sumbangan berupa beras, barangan keperluan, sejadah dan al-Quran dan ia merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk meraikan golongan berkenaan.
"Ramadan kali ini merupakan yang pertama dilalui golongan mualaf berkenaan dalam hidup mereka dan sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi keceriaan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
Mohd Norlisam (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada saudara baharu yang mahu dikenali sebagai Muhamad (tengah) pada Majlis SWM Environment Kasih Santun Ramadan bagi meraikan golongan mualaf di Melaka. -Bernama
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.
LZS peruntuk RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
AGC bantah semakan kehakiman wanita, batal nama sebagai mualaf
AGC membantah permohonan seorang wanita yang mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.
Menteri Agama Islamkan tujuh saudara baharu
Kelas pengajian agama secara percuma disediakan bagi tempoh pengajian satu tahun enam bulan di Kompleks Darul Hidayah.
NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma
Program tajaan PERDIM dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf.
MAIM peruntuk RM13.1 juta bantu mualaf tahun ini
Ia meliputi bantuan seperti pendidikan, kebajikan, bantuan makanan bulanan, perubatan, bantuan anak-anak mualaf dan sebagainya.
MACMA Kelantan jana pendapatan usahakan cendawan tiram
MACMA Kelantan memiliki dua rumah cendawan pintar dengan kapasiti maksimum 10,000 bongkah yang mampu menghasilkan sebanyak 3,000kg semusim.
Serik dipukul suami, wanita nekad larikan diri
Suria sudah tidak tahan lagi hidup bersama suami keduanya yang juga seorang mualaf kerana sering dipukul teruk.
12 tahun mualaf, Marcell akhirnya temui ketenangan dalam Islam
Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya sedangkan dia sudah memeluk Islam sejak 12 tahun yang lalu.