awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA terbuka keputusan ahli letak jawatan, mahu fokus masa depan parti

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2024
23:45 MYT
MUDA terbuka keputusan ahli letak jawatan, mahu fokus masa depan parti
Sebelum ini, hampir 10 ahli MUDA dilapor meletakkan jawatan dalam masa sebulan atas sebab peribadi dan didakwa tidak berpuas hati dengan hala tuju parti beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
SHAH ALAM: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Wilayah Persekutuan terbuka dengan keputusan beberapa ahli yang meletak jawatan atau mahu bergerak sendiri tanpa dibayangi parti tersebut.
MUDA Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, meskipun ada sesetengah pihak meminta penjelasan, pihaknya mahu terus memberikan tumpuan kepada mencorak masa depan parti dengan lebih baik.
“Ada segelintir yang memilih untuk sengaja salah faham, MUDA diwujudkan untuk selesaikan masalah dan masalah menentang penyelesaian mudah.
“Proses pembaikan sudah dijalankan, barisan kepimpinan kami tetap dipenuhi dengan mereka yang tidak mahu menyerah selagi ada ketidakadilan untuk berjuang atau kemajuan mencipta sesuatu.
“Adakah kami akan tersandung lagi? Sudah tentu, namun kami memilih untuk bertindak, membentuk masa depan dan menyumbang ke arah membina Malaysia lebih kukuh, itulah sebabnya kami kekal,” katanya pada Sabtu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, hampir 10 ahli MUDA meletakkan jawatan dalam masa sebulan atas sebab peribadi dan didakwa tidak berpuas hati dengan hala tuju parti beberapa tahun kebelakangan ini.
Antaranya ialah Bendahari MUDA Parlimen Kapar, Vipraharan Balan; Ketua Parlimen Pandan, Abang Aliefiesyahreen dan Timbalan Pengerusi MUDA Kedah, Amer Abdullah.
Justeru, MUDA Wilayah Persekutuan memaklumkan, pihaknya kini mahu fokus untuk bergerak ke hadapan dan meninggalkan golongan yang taksub mencari kesalahan parti tersebut.
“Biarkan mereka taksub dalam mencari kesalahan manakala mereka yang ingin pergi, bebas berbuat demikian.
“Fokus kami adalah bergerak ke hadapan,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#muda
#MUDA Wilayah Persekutuan
#letak jawatan
#hala tuju parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan