awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti P. Pinang mahu undang-undang diperketat bendung hina agama

Bernama
Bernama
18/07/2022
06:42 MYT
Mufti P. Pinang mahu undang-undang diperketat bendung hina agama
Wan Salim berkata pihak berkuasa juga perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad dan pelaku perlu dikenakan hukuman yang lebih keras. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd mahu undang-undang sedia ada disemak dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata pihak berkuasa juga perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad dan pelaku perlu dikenakan hukuman yang lebih keras.
"Demi memelihara kestabilan negara dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, pihak berkuasa perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad yang mulia ini dan seterusnya dikenakan hukuman yang lebih keras.
"Saya juga berpendapat undang-undang sedia ada perlu disemak semula dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan sedemikian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas berhubung satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad dengan pelbagai kata-kata makian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mufti Pulau Pinang
#Wan Salim Wan Mohd
#hina Islam
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan