awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis

Bernama
Bernama
24/12/2025
10:18 MYT
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak lapan sen dan enam sen masing-masing kepada RM3.16 dan RM2.56 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Dis 2025. - Foto hiasan/ETX
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak lapan sen dan enam sen masing-masing kepada RM3.16 dan RM2.56 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Dis 2025.

Ringkasan AI
  • Harga petrol RON97 dan RON95 turun lapan sen dan enam sen masing-masing kepada RM3.16 dan RM2.56 seliter tanpa subsidi bagi tempoh 25 hingga 31 Dis 2025.
  • Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun lapan sen kepada RM2.94 seliter, sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
  • Kerajaan memantau pergerakan harga pasaran minyak dunia bagi mengekalkan kestabilan harga petrol dan diesel, serta memastikan kesejahteraan rakyat terjaga.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan lapan sen kepada RM2.94 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) juga kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel, dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum.
Menurut kenyataan itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga runcit petrol
#harga minyak
#subsidi
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan