awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin, Anwar perlu berdamai dan berunding

Isabelle Leong
Isabelle Leong
26/10/2020
05:21 MYT
Muhyiddin, Anwar perlu berdamai dan berunding
Pemimpin politik daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang perlu berfikiran lebih besar dan perlu henti berpolitik supaya negara tidak terjebak dalam kitaran sandiwara politik yang berterusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdamai dan memberikan fokus kepada rundingan agar masalah yang melanda negara dapat diatasi.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, desakan pemimpin pembangkang supaya Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri perlu diketepikan tatkala negara berdepan dengan pelbagai krisis seperti krisis wabak COVID dan krisis ekonomi.
“Di sebalik tuntutan pembangkang yang memohon beliau (Muhyiddin) meletak jawatan, saya fikir buat sementara waktu ketepikan (tuntutan) itu.
“Paling penting sekarang adalah untuk Perdana Menteri memulakan langkah dengan menghubungi pihak tertentu, khususnya Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) untuk berunding bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bagaimana untuk mendapatkan sokongan.
“Saya percaya langkah itu telah diambil oleh pihak yang dipertanggungjawabkan beliau (Muhyiddin) untuk menghubungi Ahli Parlimen daripada pembangkang bagi memastikan mereka dapat memahami implikasi dan kesan, sekiranya mereka tidak menyokong Belanjawan 2021 (yang akan dibentangkan) nanti,” kata Dr Jeniri kepada Astro AWANI pada Isnin.
BACA: Titah Agong tuntut kerjasama ahli politik kerajaan dan pembangkang - penganalisis
BACA: Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
PEMIMPIN POLITIK PERLU BERJIWA BESAR, HENTI BERPOLITIK
Selain itu, Dr Jeniri berkata semua pemimpin politik perlu berjiwa besar serta membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan parti politik masing-masing.
Katanya, politik daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang perlu berfikiran lebih besar dan perlu henti berpolitik supaya negara tidak terjebak dalam kitaran sandiwara politik yang berterusan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Perkembangan pasca titah Diraja
“Sampai bila kita harus berada dalam plot, drama dan sandiwara politik yang memudaratkan rakyat?
“Pemimpin politik daripada kedua-dua blok perlu berfikiran lebih besar dan berjiwa besar serta harus membuat satu keputusan berdasarkan prinsip kearifan dan mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan parti mereka,” katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan pentingnya ‘kepimpinan melalui teladan’ yang perlu ditonjolkan ahli-ahli politik dalam memastikan negara mampu melangkah ke hadapan.
“Dengan hanya cara itu, kita dapat melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara dan bangsa yang lebih matang.
“Ia harus dibuktikan oleh pemimpin politik juga iaitu bersifat matang dan mengambil keputusan yang matang,” katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#henti berpolitik
#berjiwa besar
#kepentingan rakyat
#berdamai
#kitaran sandiwara politik
#Darurat Malaysia
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan