awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin bidas pembangkang cuba takutkan rakyat isu GST

Bernama
Bernama
29/10/2013
23:39 MYT
Muhyiddin bidas pembangkang cuba takutkan rakyat isu GST
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membidas pakatan pembangkang yang cuba menakut-nakutkan rakyat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan pada April 2015.
Beliau berkata walaupun pembangkang tahu cara pungutan cukai baharu itu lebih berkesan berbanding sistem lama, mereka tetap memutar belitkan perkara itu.
"Mereka kata GST letak rakyat dalam kesusahan...terbeban dengan cukai yang lebih tinggi. Sedangkan pendekatan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk mengelakkan rakyat terbeban, banyak barang yang dikecualikan cukai.
"Bila pembangkang menyentuh isu GST, mereka tidak sebutkan perkara ini (kebaikan)," katanya pada Ceramah Perdana dan Malam Keseniaan Islam di Pusat Transformasi Luar Bandar Sungai Limau Dalam di sini.
Muhyiddin berkata sistem GST akan lebih berkesan kerana hasil pungutan cukai akan disalur kembali kepada rakyat melalui pembangunan dan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Beliau kemudiannya meluangkan masa mendengar ceramah oleh penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias, pada majlis yang turut dihadiri calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Topic Berkaitan
#Bajet 2014
#cukai
#GST
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan