awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional

Bernama
Bernama
28/02/2021
14:56 MYT
Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Mohd Hashim semasa hadir pada majlis Solat Hajat Perdana Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan PN di Masjid Putra hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.
Beliau disertai beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.
Turut serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Solat hajat anjuran Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) itu disempurnakan selepas solat Maghrib dengan disertai lebih 200 jemaah yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.
Usai itu, Muhyiddin bersama para jemaah membaca surah Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Sudais Malaysia Ustaz Syukri Ali.
Para jemaah kemudian mengalunkan gema selawat yang dipimpin Syukri bersama Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Mohd Hashim.
Muhyiddin meninggalkan Masjid Putra pada kira-kira 9.10 malam selepas menunaikan solat Isyak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solat hajat
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#Masjid Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan