SINGAPURA: Lawatan rasmi Perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin ke Singapura yang pada mulanya dijadualkan esok, kini ditangguhkan ke satu tarikh lain tahun ini, menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Ini disebabkan tumpuan semasa Perdana Menteri ketika ini adalah terhadap jumlah jangkitan COVID-19 yang meningkat baru-baru ini," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan media.
Hishammuddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja dua hari di Singapura berkata Perdana Menteri dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, untuk berbincang dan bermuafakat dalam isu berkaitan perjalanan merentas sempadan secara beransur, dan untuk memudahkan perjalanan rakyat antara negara masing-masing.
Bagaimanapun menurutnya keadaan semasa COVID-19 tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi kedua-dua perdana menteri untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam perkara yang "kita tahu rakyat di kedua-dua negara Malaysia dan Singapura telah lama dinantikan".
"Rundingan ini, yang sememangnya sedang diusahakan, memerlukan kerja keras pelbagai agensi dan kementerian.
"Namun disebabkan keadaan yang tidak menentu, dengan sebarang kemungkinan boleh berubah pantas pada bila-bila masa, ia menimbulkan persekitaran yang amat mencabar bagi kedua-dua pihak untuk tampil dengan penyelesaian yang konkrit dan selamat berhubung perjalanan rentas sempadan bagi rakyat kedua-dua negara. Kesihatan Awam perlu sentiasa menjadi keutamaan kita, itu yang membawa kepada perbincangan hari ini," menurutnya.
Merujuk kepada lawatannya, Hishammuddin berkara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran di tengah pandemik, "kita berjaya mengadakan pertukaran lawatan, yang menjadi bukti kepada hubungan kukuh antara kedua-dua negara, semangat tinggi dan ikatan setiakawan antara Malaysia dan Singapura.
Hishammuddin juga dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri Lee Hsien Loong, serta Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Singapura Teo Chee Hean semasa lawatannya.
"Sebagai jiran yang penting dan paling dekat, dengan hubungan sejarah antara rakyat dua negara yang yang cukup rapat, kedua-dua negara kita akan terus bekerjasama dalam pelbagai bidang, terutama dalam era pasca pandemik," kata Hishammuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Tumpuan semasa Perdana Menteri ketika ini adalah terhadap jumlah jangkitan COVID-19 yang meningkat baru-baru ini. - Gambar fail/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.