awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin: Umat Islam perlu bersatu

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2013
01:13 MYT
Muhyiddin: Umat Islam perlu bersatu
Tema sambutan Maulidul Rasul ` Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' menjadi pilihan untuk melihat umat Islam yang adil, sederhana dan terbaik.
Umat Islam perlu bersatu menolak anasir jahat yang menggugat kemuliaan agama.
Walau sebesar mana cabaran sekali pun, umat Islam harus berdepan mengekalkan kemuliaan agama dan kekuatan ummah berpandukan pedoman Al-Quran dan Al-Sunnah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha menyatu kaum dilihat sesuatu yang bukan mustahil untuk direalisasikan.
Ujarnya, pegangan syariat Islam menjadi ramuan kekuatan syariat sebagai asas panduan dan pedoman kehidupan.
Dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul disambut pada Khamis, Muhyiddin berkata pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad menjadi contoh untuk melahirkan masyarakat terbaik.
Tema sambutan Maulidul Rasul 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' menjadi pilihan untuk melihat umat Islam yang adil, sederhana dan terbaik.
Sementara itu kata Muhyiddin, kedudukan umat Islam pasti lebih tinggi seandainya mereka sedar tanggungjawab sebagai umat Nabi Muhammad.
Topic Berkaitan
#Maulidur Rasul
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan