awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz fail saman, nafi 'gila' mahu jadi PM

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2016
12:15 MYT
Mukhriz fail saman, nafi 'gila' mahu jadi PM
MUKHRIZ: Sangkal dakwaan bahawa beliau terlibat dengan konspirasi untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini memfailkan saman dan membuat tuntutan ganti rugi terhadap Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Saman dan tuntutan ganti rugi itu dibuat atas beberapa kenyataan Tengku Sariffuddin yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Mukhriz turut menyangkal dakwaan bahawa beliau terlibat dengan konspirasi untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.
"Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian," ujar Mukhriz.
Tambahnya, kenyataan Tengku Sariffuddin itu seakan memberi gambaran seolah-olah beliau adalah seorang yang gila kuasa.
"Jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun.
"Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun," kata Mukhriz.
Bulan lalu, Tengku Sariffuddin mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Mahathir menjanjikan jawatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan syarat Muhyiddin membimbing Mukhriz untuk menggantikannya.
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri itu juga menyifatkan Dr Mahathir perlu menamakan siapa yang beliau mahu jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya mahu menghentikan spekulasi bahawa beliau menyediakan laluan itu untuk anaknya, Mukhriz.
Topic Berkaitan
#Mukhriz Mahathir
#saman
#Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan