Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan terdapat tiga strain COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, masih terlalu awal untuk mengesahkannya kerana perkara itu perlu terlebih dahulu dikaji oleh pihak berkuasa kesihatan termasuk Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Beliau berkata, ia adalah virus baharu dan tiada sebarang laporan atau data untuk membantu pihak berkuasa dalam penyelidikan mereka.
"Ini adalah virus baharu jadi pada asasnya kami tidak mempunyai laporan atau data tentang virus ini yang boleh kami rujuk, tidak seperti virus lain, yang kami sudah kenal pasti dan ada laporannya.
"Jadi apa yang kami lakukan di IMR adalah mengkaji serologi virus ini, isolasinya dan juga mengkaji genomiknya," jelasnya pada taklimat harian mengenai COVID-19 di KKM di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, kes postitf COVID-19 yang terdapat di Malaysia mungkin strain C.
"Perlu ingat, dalam gelombang pertama penyakit ini di negara ini, sebanyak 16 pesakit adalah dari China, jadi kita tahu ada kebarangkalian kumpulan ini adalah daripada kumpulan Wuhan.
"Sama ada kita menyaksikan strain virus yang berbeza, ia bergantung ... berikutan mereka (laporan) menyatakan di China kini mungkin adalah strain B dan mereka menyatakan di Asia adalah strain C dan di Amerika Syarikat dan Eropah adalah strain A, sebagai contoh.
"Tetapi kami tidak tahu sehingga kami jalankan proses kultur virus di negara ini dengan sususan genome yang lengkap ...jika kami dapat lakukan itu dan tag serta kenal pasti ciri-ciri virus di negara ini sama ada ia jenis A ,B atau C.
"Mungkin ada tiga strain di negara ini tetapi kami tidak tahu sehingga kami lakukan isolasi virus itu dan tag virus itu, hanya selepas itu kami boleh buat perbandingan," jelasnya.
Terdapat laporan bahawa Jenis A kemungkinan besar adalah strain yang menjadi punca kepada wabak ini, Jenis B terhasil daripada Jenis A, dipisahkan oleh dua mutasi dan Jenis C adalah "anak" Jenis B.-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 15 2020
Dr Noor Hisham berkata, COVID-19 adalah virus baharu dan tiada sebarang laporan atau data untuk membantu pihak berkuasa dalam penyelidikan mereka. - Gambar fail BERNAMA
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Measat, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.