CHENGDU: Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0 dalam aksi separuh akhir pada Sabtu, lapor Xinhua.
Juara Olimpik Chen Yufei menundukkan Aya Ohori 21-18, 21-15 sebelum beregu nombor satu dunia Chen Qingchen and Jia Yifan menjadikan kedudukan 2-0 selepas bangkit daripada ketinggalan dengan mengalahkan Nami Matsuyama dan Chiharu Shida 14-21, 21-13, 23-21.
He Bingjiao kemudian memastikan slot ke final untuk China dengan mengalahkan Nozomi Okuhara 21-8, 21-18.
Beraksi di gelanggang sendiri buat julung kali sejak 2016, China yang merupakan pemegang rekod sebagai juara sebanyak 15 kali dalam sejarah kejohanan menyasarkan untuk merebut kembali gelaran itu selepas tewas kepada Korea Selatan dua tahun lepas.
Pada Sabtu, Indonesia menyingkirkan juara bertahan Korea Selatan 3-2 dengan memenangi kesemua perlawanan perseorangan untuk mara ke final buat julung kalinya sejak 2008.
"Ini adalah separuh akhir pertama kami dalam tempoh 14 tahun, jadi memenangi perlawanan ini amat bermakna bagi kami," kata Gregoria Mariska Tunjung yang mendapatkan mata pertama Indonesia dengan kemenangan 21-15, 21-13 ke atas Sim Yu-jin.
"Impian saya sejak kecil ialah untuk memenangi Piala Uber," kata bintang yang sedang meningkat naik itu.
Dalam aksi beregu pertama Baek Ha-na dan Lee So-hee menyamakan kedudukan dengan menewaskan Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-6, 21-18.
Indonesia kembali mendahului selepas Ester Nurumi Tri Wardoyo menundukkan Kim Ga-ram 20-22, 21-16, 21-12, sebelum Jeong Na-eun and Kong Hee-yong menyamakan kembali kedudukan dengan mengatasi beregu kedua Indonesia Lanny Tria Mayasari dan Ribka Sugiarto 21-15, 21-14.
Dalam aksi penentuan perseorangan ketiga, Komang Ayu Cahya Dewi yang ketinggalan dalam set pertama bangkit menundukkan Kim Min-sun 17-21, 21-16 dan 21-19, bagi mengesahkan tiket ke final untuk Indonesia.
Kejohanan dwitahunan Piala Uber ke-30 berlangsung di Chengdu, Wilayah Sichuan barat daya China dengan aksi final dijadualkan pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Indonesia menyingkirkan juara bertahan Korea Selatan 3-2 dengan memenangi kesemua perlawanan perseorangan untuk mara ke final buat julung kalinya sejak 2008. - Foto AP
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.