awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam perlu jadi 'jambatan digital' - KPPA

Bernama
Bernama
14/10/2025
20:00 MYT
Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam perlu jadi 'jambatan digital' - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata MMB juga perlu berani melebarkan sayap di luar kebiasaan dan keluar dari kepompong rutin serta bersedia untuk menggunakan teknologi terkini termasuk penggunaan AI. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam (MMB) disaran menjadi 'jambatan digital' dalam usaha memperkasakan dan merakyatkan bahasa kebangsaan melalui medium terkini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, MMB juga perlu berani melebarkan sayap di luar kebiasaan dan keluar dari kepompong rutin serta bersedia untuk menggunakan teknologi terkini termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan platform baharu.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan MMB dapat menjalankan fungsi mereka dengan lebih berkesan seiring perkembangan era digital masa kini.
"Jika negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman mampu memodenkan diri tanpa mengorbankan bahasa ibunda sebagai wahana untuk setiap bidang ilmu dan teknologi, mengapa kita tidak?
"Justeru, MMB perlu menjadi ejen utama menggunakan istilah sedia ada, data raya serta teknologi kewangan yang telah dibentuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta mendaulatkannya secara meluas," katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Munsyi Muda Bahasa 2025 (KOMUDA '25), di sini, pada Selasa.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.
KOMUDA '25 dianjurkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama DBP bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2025 bertujuan mewujudkan suatu bentuk struktur penyelarasan pascapentauliahan peserta sebagai Munsyi Muda Bahasa.
Ia bertujuan memperkasakan usaha kebahasaan sektor awam dan satu bentuk penyelarasan dan wadah transaksi pengalaman kepada Munsyi Muda Bahasa yang sudah dilantik dan ditauliahkan.
KOMUDA '25 juga disasarkan untuk menjadi batu lonjakan pengukuhan identiti MMB yang menjadi tunjang kepada pembangunan modal insan sektor awam berteraskan bahasa kebangsaan.
Sementara itu pada sesi pagi, telah diadakan sesi pemilihan Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam 2025-2029.
Berikut senarai Jawatankuasa Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam 2025-2029:
Pengerusi: Mohamad Ikhwan Al-Syahid (INTAN)
Timbalan Pengerusi: Dr Mohd Haz Hairul (Hospital Tunku Azizah)
Setiausaha: Kuntum Md Arif (UTM Johor)
Timbalan Setiausaha: Nur Ili Shahnoon (Pejabat SUK Pulau Pinang)
Ketua Bahagian Latihan dan Pembangunan: Dr Nor Wahida Sahrir (AADK Terengganu)
Ketua Bahagian Biro Perudingan: Dr Uma Thevi Vetrivrilmsny (IAB Genting)
Ketua Bahagian Keurussetiaan: Ahmad Burhan Sidqi (Majlis Daerah Besut)
Ketua Bahagian Keaktifan dan Pengiktirafan: Raphy Md Radzi (MATRADE)
Ketua Bahagian Media dan Promosi: Hisham Abdul Hamid (Bernama)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#perkhidmatan awam
#bahasa kebangsaan
#pengukuhan identiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan