Seorang kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) di sini, memberitahu ibunya dia tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang rakan-rakannya yang meninggal dunia ketika mereka hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sejak Ogos lepas.
Ibunya Midah Angah, 40, berkata Norieen, 10, memberitahu dia masih takut dan trauma dengan bau busuk mayat rakannya.
"Anak saya beritahu setiap malam dia bermimpi nampak mayat dua rakannya, Juvina dan Ika yang (didakwanya) mati di depannya.
"Malam tadi, semasa dia tidur, air matanya jatuh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, pada Ahad.
Norieen dan seorang lagi rakannya Mirsudiar Aluj, 11, ditemui selamat di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi, pada Jumaat lepas namun tidak bermaya kerana dehidrasi dan kini dirawat di hospital itu.
Midah berkata anaknya itu semakin pulih dan meminta untuk makan nasi dan ayam goreng tetapi pihak hospital memberinya makanan lembut seperti bubur.
Beliau masih menaruh harapan agar seorang lagi anaknya Haikal, 8, akan dapat dijumpai oleh anggota pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).
Sementara itu, bapa saudara Mirsudiar, Akid Baher, 46, berkata anak saudaranya itu kini sudah mula bercakap dan semakin berselera ketika waktu makan berbanding mula dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat.
"Hari ni perkembangannya semakin sihat dan kami ada suapkan bubur dan bagi air suam...dia makan habis dan semakin berselera.
"Dia ada minta mahu makan ayam, nak tengok televisyen dan dengar lagu tapi dia tidak banyak bercakap," katanya.
GALERI FOTO: MISTERI KEHILANGAN MURID ORANG ASLI SK TOHOI
Akid berkata anak saudaranya itu masih belum menceritakan mengenai kejadian dia dan enam rakannya hilang dalam hutan di Pos Tohoi, Gua Musang kerana masih trauma.
"Mirsudiar masih tidak bercakap banyak mungkin masih lagi letih...cuma dia ada minta untuk pulang ke kampung kerana rindu bertemu keluarga dan rakan-rakannya," katanya.
Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11; berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
Polis telah mengesahkan Sasa dan Ika meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA manakala satu lagi masih hilang.
Bernama
Mon Oct 12 2015
Keadaan Norieen Yaakob, 10, murid perempuan Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang selama 48 hari di hutan kelihatan lebih stabil, Sabtu, selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). - Gambar Bernama
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Murid Orang Asli SK Tohoi: Norieen tidak dapat tidur lena teringat rakannya - Ibu
Kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II memberitahu ibunya dia tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang rakan-rakannya yang meninggal dunia.