Bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal satu video tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau pernah membangkitkan sikap jahat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan.
"Isi kandungan artikel itu penuh dengan tindakan memotong klip video berkenaan dan menokok tambah ayat-ayat yang menyesuaikannya dengan objektif tertentu. Klip video itu tular hasil beberapa potongan di mana jelas seolah-olah saya mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan ke atas Dr Mahathir," katanya dalam kenyataan di sini.
Musa menjelaskan, video itu berasaskan kepada satu majlis diskusi yang berlaku kira-kira empat tahun dahulu apabila pengerusi majlis memintanya memberi komen berhubung peletakan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dahulu.
Musa adalah timbalan perdana menteri kelima dari 1981 hingga 1986.
Beliau berkata apabila diteliti kenyataan dan klip video berkenaan, jelas bahawa perkataan 'kotor', 'berdosa besar' dan sebagainya bukan dituju kepada Dr Mahathir tetapi kepada aktivis politik yang menyarankan untuk menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 14 2018
Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan. - BERNAMA/Fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.