awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Music on the terrace' Motta Maadi bakal temui peminat Malaysia malam ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/11/2022
04:15 MYT
'Music on the terrace' Motta Maadi bakal temui peminat Malaysia malam ini
Kumpulan Motta Maadi Music bakal mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya beraksi di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Bermula dengan band kampung empat tahun lalu, kini kumpulan Motta Maadi Music bakal mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya beraksi di Malaysia.
Menariknya, walaupun pernah menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert di negara ini, penyanyi kumpulan itu, yang terkenal dengan music on the terrace, tidak menyangka ia terlaksana dengan begitu cepat apabila mereka bakal mengadakan konsert di Auditorium Shantanand, Temple of Fine Arts, Brickfields, di sini, malam ini.
Bukan setakat warga India, malah muzik video mereka juga menarik perhatian peminat antarabangsa terutamanya golongan muda.
Konsert Motta Maadi Music Isaiyudan Kondattam di Malaysia anjuran The ARK Events tampil dengan beberapa kelainan yang bakal memukau peminat yang hadir untuk melepas rindu terhadap lagu-lagu koleksi legenda muzik India Ilaiyaraaja dan pemenang Oscar, AR Rahman.
Sebut sahaja konsert Motta Maadi Music, peminat setia kumpulan itu pastinya tahu, sepanjang konsert itu penonton akan diberi ruang santai untuk menyanyi bersama-sama mereka.
Bermula dengan lima ahli, kini kumpulan itu mempunyai 11 anggota, yang membuat persembahan di bawah cahaya lampu malap bagi mewujudkan suasana estetik kepada penonton.
Tampil dengan tema yang berlainan seperti 'Malam Rajini', 'Malam Rahman' dan 'Malam MSV', konsert kumpulan itu turut menarik perhatian pelakon terkenal Kamal Hassan.
Beliau menerusi satu ciapan di Twitter berkata, 'Malam Kamal' seolah-olah memberi isyarat kepada kumpulan itu supaya mengadakan konsert bertemakan lagu-lagu lakonannya.
Barisan artis yang bakal menggegarkan malam ini adalah Ashish Venkateswaran (pemain flute) serta penyanyi Badhri Narayanan Seshadri, Shivaranjini Ramasubramaniyan, Sooryaprakash Chandrasekaran dan Sundaram Vasudevan.
Pentas itu akan turut dikongsi pemain gitar Pramodh Veeravalli Raghavan dan Giridhar Sadaporan, Vignesh Thiagarajan (pemain drum), Haritha Raj (pemain veena), Sankrith Sridhar dan Aditya Kamakshi Nadha.
Topic Berkaitan
#Motta Maadi Music
#Chennai to Malaysia
#konsert malaysia
#AR Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan