KUALA LUMPUR: Indah dan mempesona, ibarat menikmati musim bunga di Jepun dan Korea Selatan.
Inilah suasana dialami sekitar ibu kota kini.
Landskap di sekitar ibu kota antaranya di Jalan Sentul menghala ke Batu Caves dan susur keluar Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sekelip mata berubah apabila pokok tekoma mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak minggu lepas.
Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu bukan sahaja mewarnai pemandangan jalan dan kawasan sekitar bahkan menjadi tarikan masyarakat berswafoto dan membidik gambar kenangan untuk dimuatkan dalam media sosial.
Seorang pengunjung yang ditemui Bernama, Kasim Awang, 57, berkata dia dan keluarga mengambil peluang bergambar memandangkan panorama indah seperti itu jarang berlaku dan tidak bertahan lama kerana bunganya akan layu dan luruh.
"Saya dari Jertih, Terengganu kebetulan ke Kuala Lumpur kerana mahu menghantar anak ke UIAM, jadi kami berhentikan kereta ambil peluang bergambar bersama," katanya.
Seorang lagi pengunjung Helmi Abd Hamid, 45 dari Sungai Buloh berkata beliau mengambil kesempatan melakukan sesi fotografi dengan menjadikan kawasan itu sebagai latar belakang dalam mempromosikan produknya.
"Tempat menarik seperti ini mejadi lokasi pilihan kepada mana-mana jurugambar atau mereka yang mahu 'showcase' produk perniagaan, kerana ia dapat menarik lebih ramai audiens apabila gambar ini dimuat naik dalam media sosial seperti Instagram," katanya.
Sebelum ini, tular di laman Facebook, Asal Gombak yang memaparkan kecantikan pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea sehingga mendapat hampir 3,000 tanda suka (like) dan dikongsi hampir 2,000 pengguna laman tersebut.
"Bolehlah Kementerian Pelancongan promosi kepada orang luar (pelancong) bila COVID-19 reda nanti. Musim 'Sakura' di Malaysia hujung Mac setiap tahun.
"Pilihan lebih murah dan hangat dari Jepun," tulis Muhammad Sidqi Muhammad Naim dalam ruangan komen di laman tersebut.
Seorang lagi netizen Muhamad Zulfika mengesyorkan agar tanaman berkenaan diperluaskan di lebih banyak kawasan.
"Kan cantik tu, aku rasa baik Malaysia tanam pokok ini banyak-banyak, buat satu taman khas, mana tau akan jadi tarikan dunia, memang cantik," tulisnya.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Hortikultur Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sakinah Idris berkata lazimnya bunga yang sering dijadikan hiasan landskap tersebut akan mula mekar selepas musim kemarau yang disusuli musim hujan.
"Biasanya bunga ini akan mekar dua kali setahun iaitu sekitar hujung Mac hingga awal April dan hujung Ogos sehingga awal September, namun ia bergantung pada tempoh musim panas dan hujan," katanya,
Sakinah yang pernah membuat kajian berkaitan tumbuhan berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan itu turut senada dengan pandangan masyarakat untuk memanfaatkan keindahan musim tersebut sebagai produk pelancongan.
"Kalau di negeri utara seperti Kedah memang suasananya lagi cantik memandangkan cuaca kemarau yang lebih nyata dan lama, tapi di negeri lain seperti Kuala Lumpur juga kalau boleh diperbanyakkan bagi menarik minat pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021
Musim bunga 'sakura Malaysia' kini kembali lagi di sekitar Kuala Lumpur. -Bernama
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.